DEYAWANNY Deyawanny.: May 2014

Thursday, 22 May 2014

Foundation In Science And Technology (FIST) di UNIKL

A Few days ago , wani semak permohonan ke UNIKL .

Alhamdulillah , dapat .

(Sebelom ni  wani ada dapat ke IPG , KUIN , )

If I'm not mistaken , time nak isi tu wani letak Foundation..... kat Kuala Nerang dan lagi satu kat KULIM..foundation gak laa.

Then , Tau wani dapat apa ??

Foundation In Science And Technology dekat Kuala Nerang,Kedah !

Haha .. Amacam .. Ada berani ? haha

Mungkin .. Ada yang tanya 

" Eh .. UniKL ni swasta kan ?...Telan duit ko je "

Tak di nafikan dulu wani pun pernah terfikir cmtu. But actually , ia under MARA .. Ye ..anak buah Mara.

Kalau tak silap dulu UITM pun lebih kurg swasta tapi dibeli kerajaan ? Hah ? Betul ke ? Haha.. 

Then, Mara takde Uni so beli UniKL.. Haha betol ke ??

Ada org bagitau laa..Spy wani..Hehe :)

UniKL punya foundation ni ada dua jenis lau tak silap.

E01 dan E02 kan <3 

Dengar kata E01 mostly about to become engineer sebab related to phsics more! and E02 mostly related about BIOLOGY .so  more to doctors kot !

Aku Engineer ? Haha .. Biar betol laaa ..

Noohhh ! Setakat nak jadi engineer sebab nampak smart + femesss biar tak payah..Balik tanam ubi kayu ke kat belakang rumah ! Haha..

Sesiapa yang result cukup-cukup makan ..and still yet tak dapat offer dari mana2 Uni ..DOnt worry .. Rezeki ada dimana-mana jaa. Pulon Kedah ! * Pulon !


Ada yang minat dengan UniKl tapi... bimbang kos nya tinggi melambung ?

Dont worry la..as i said before,  UniKl under MARA so adalah PINJAMAN MARA bagi yg layak*..

pinjaman Mara ni pinjaman boleh diubah means kadar bayaran hutang ko kat MARA nanti depends on your pointer . Kalau elok..jadi biasiswa...Hidup Aman ! Kalau tak pun still ada discount la ! *Eh macam pasar raya pulak.

Ok.. Cakap bebel panjang pun takde guna. Info kat bawah ni wani dapat dari satu Group kat FB dan dari Konco-konco memberku ..Haha.



Memandangkan ramai yg bertnya tentang‪#‎FOUNDATION_IN_SCIENCE_AND_TECHNOLOGY_UNIKL‬
Bacalah sampai habis.. ada xsempat nk tulis.. maaf la ye.. pnjang sgt~~ dn maaf jgk kalau ada salah mana2..
‪#‎Apa_Itu_Program_FIST_UniKL_SPT‬?
Program ni sama seperti program foundation kat IPTA yang lain. Cuma untuk FIST UniKL SPT, once habis foundation akan terus mendapat tempat mana-mana UniKL pilihan. Kebanyakan UniKL cuma menetapkan requirement untuk CGPA 2.00 dan ke atas. Tetapi ada sesetengah program atau UniKL menetapkan CGPA 2.75, 3.00 dan 3.50 berdasarkan course yang terdapat di UniKL itu. *cari info la ye brdasarkn minat tu..*
Ada dua course, ENGINEERING(E01) and SCIENCE(E02)..sekarang ni dah ubah sikit penempatan dia.
E01 still kt kolej mara kuala nerang, E02 kt kolej mara kulim dah..*if I’m not mistaken la*
‪#‎Kelebihan_UniKL_Berbanding_IPTA_dan_IPTS_Lain‬?
UniKL ni under MARA. 100% under MARA. Setakat ni, semua pelajar FIST UniKL SPT akan mendapat wang bantuan MARA sepanjang program foundation. UNIKL adalah IPTS yang diuruskan oleh MARA kerana dasar kerajaan IPTA mesti diuruskan oleh KPT. Yuran IPTS biasanya tinggi namun dengan pinjaman pelajaran MARA , kosnya menjadi lebih rendah dan lebih murah berbanding belajar di IPTA dengan pinjaman PTPN. Ini kerana mereka boleh memohon pengurangan bayaran daripada MARA .
Pinjaman MARA dinamakan pinjaman boleh ubah.
Pointer
3.5 – 4.00 pinjaman boleh ditukar menjadi biasiswa.
3.00 – 3.49 bayar balik sebanyak 10% saja
2.00 – 2.99 bayar balik 25%
Dari segi pembelajaran, UniKL lebih fokuskan pada praktikal berbanding teori. Kiranya korang akan main teruslah dengan mesin mesin besar yang ada dalam lab kat UniKL nanti. MARA provide dalam 2 billion untuk beli kesemua mesin besar yang korang cuma akan jumpa kat lab or company tempat kerja lagi. *betul ke x 2 billion tu krg pasti la plak. Betul kot~*
Senior, lecturer and our prof unikl said; mostly kat IPTA, students akan based on teori aje berbanding hands on. Kalau praktikal pun, untuk satu mesin tu kongsi dalam 8-10 orang. Kat UniKL biasanya, satu mesin besar tu kongsi dalam 2-3 orang sahaja. Masuk aje lab, terus kepada hands on, not theory based knowledge only.
Before grad, student akan dihantar untuk praktikal dulu. Kebanyakan yang praktikal kat situ, memang akan dapat kerja kat situ juga.ahhaah yg ni pengalaman abg sy sndiri, terus dapat kerja kat tempat praktikal, masuk gaji free2 je..
‪#‎Tak_Kena_Tendang_Ke_Nanti_Kalau_Tak_Capai_Pointer‬?
Of course lah kena tendang.*kasaqqnya..*Itu pun kalau dapat pointer bawah 2.00 untuk Semester 1,2 dan 3. Kalau fikir balik, tak susah pun korang nak dapat 2.00 dan ke atas even untuk Semester 1. Sebab pointer korang tu akan based 50% carry marks dan 50% final exam. Dan lecturers kat sini,*panggil cikgu je sbnarnya, memang akan tolong korang dari segi carry marks (kuiz, assignment, presentation, standardised test) dan final exam..*pfftt, bajet je lebih,susah jgk sebenarnya nk lepas*…
Kalau korang dapat bawah 2.00 untuk Semester 1, UniKL tak akan tendang korang keluar terus. Korang akan diberi pilihan untuk sambung program diploma di mana-mana UniKL yang menjadi pilihan korang (ni yg untung, MARA syg kt anak2nya) atau berhenti terus...errkk..Cari university lain.Rugi la kan. So, belajarlah bersungguh2..Elok2..
InshaaAllah, Allah akan permudahkan...
Ada yang ingin bertanya, silakan..Mohon yg berkaitan sahaja.. pasal diploma saya tak tahu..MAAF..
jgn bertanya pasal facilities dah la **belajar kat sana kalau nak tau...


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Nur Sharwani