DEYAWANNY Deyawanny.: April 2016

Sunday, 17 April 2016

INTROVERT OR EXTROVERT ?

Topik kali ni pasal introvert or extrovert .
Its quite interesting i think ! 

haha.

Well, you have to know character of a person right ? SO kemoon move on .

INTROVERT DAN OTAK
===================

Anda seorang introvert atau extrovert? Kedua-dua ini hanya klasifikasi personaliti. Memudahkan untuk memahami diri dan orang lain. Bukan bandingan yang mana lebih baik. Hanya perbezaan untuk pemahaman.


Introvert cenderung untuk bersendiri. Lebih selesa begitu. Berada di khalayak ramai mengundang gelisah. Dalam berbual lebih banyak mendengar. Bercakap bila perlu. Bila ditanya. Jawapan pendek. Tiada bunga-bunga atau renda. 


Introvert banyak menghabiskan masa berfikir. Bahagian kelabu otak (gray matter) didapati lebih tebal disekitar kawasan prefrontal cortex. Letaknya di belakang dahi kita. Menunjukkan orang introvert lebih banyak fikir. Lebih abstrak fikirnya. 


Cara dopamin (hormone gembira) bekerja di otak introvert juga berbeza. Ianya tidak seaktif seperti otak orang extrovert. Andai menerima kejutan (seperti memenangi tempat pertama), amygdala (yang memproses emosi) aktifnya biasa-biasa sahaja. Andai menerima ganjaran, nucleus accumbens yang sepatutnya menjadi lebih aktif juga biasa-biasa aktifnya.
Natijahnya, akan ditanya “tak seronok ke dapat hadiah?” Bukan si introvert tidak gembira. Kegembiraan itu berlapik. Punya seni tersendiri. Yang berbunga hatinya. Wajahnya biasa-biasa sahaja. Tiada riak besar.


Apabila Hafiey, anak sulung mendapat tempat pertama pertandingan Sains peringkat Negeri Sarawak, wajah saya biasa-biasa saja. Apabila Hafiey mendapat straight A dalam SPMnya, tiada gelombang merah menerjah ke muka. Tetap biasa-biasa sahaja. Isteri bertanya "tak seronok ke". "Alhamdulillah, seronok." Jawapan ringkas. Dalam hati tumbuh taman.Muka biasa-biasa saja.
Andai anda punya pasangan, anak atau ibubapa introvert, usah gusar andai hadiah diberi tidak menghasilkan reaksi yang diharapkan. Mereka gembira. Tiada pertunjukkan kegembiraan sahaja. 


Tiada perarakan hadiah yang diberi.
Perlu tahu bagaimana otak berfungsi. Rumahtangga akan harmoni. Persahabatan terpelihara. Ofis aman. Tiada dengki. Jauh dari salah sangka.
Mahu tahu tentang otak extrovert?
OTAK KITA TANGGUNGJAWAB KITA

 


EKSTROVERT DAN OTAK
=====================
Ekstrovert tidak sama seperti introvert. Masing-masing sarat dengan perilaku yang berbeda. Ekstrovert lebih bersifat eksternal. Orientasi luaran. Penuh warna warni.
Esktrovert kurang betah duduk di bilik atau di rumah. Jarang mahu menghabiskan masa sendirian. Mesti berteman. Mesti keluar. Ada borak-borak.


Mesti mengopi atau mengeteh kata orang sekarang.
Andai diajak keluar, perkataan JOM pasti akan terpacul terus. Tidak ditanya mahu ke mana atau keluar dengan siapa. Atau naik apa. Perkataan JOM disambut dengan JOM sepantas mungkin.
Esktrovert mencari keseronokan di luar. Cara dopamine (hormone gembira) berfungsi juga tidak sama dengan introvert. Dopamin sangat aktif pada ekstrovert. Kalau aktif biasa-biasa tidak teruja ekstrovert. Hidup tidak ada ummph. Dopaminnya mesti lebih.


Berbual dengan orang ekstrovert menyeronokkan. Ekstrovert berbual dengan sesiapa sahaja. Tidak kira jantina. Ramahnya tidak bertempat. Suka pada aksi. Kalau ada pasangan sebegitu tahan sahajalah. Itu cara orang ekstrovert beroperasi. Banyak rambu ramba.


Dalam konteks imbasan otak, ekstrovert yang diimbas otaknya menunjukkan lebihan aktiviti di bahagian posterior thalamus dan posterior insula. Keduanya berkait rapat dengan kecenderungan menganalisa maklumat berbentuk sensori. Antaranya ialah lihat, dengar, rasa, bau dan sentuh.
Andai ekstrovert diminta memberi pendapat tentang pakaian kita, atau kesesuaian antara tudung dan baju, deskripsi dan ulasannya panjang. Kata-katanya kekadang agak berbisa dan menghiris. Pernah berlaku? Selamat datang ke dunia ekstrovert.
OTAK KITA TANGGUNGJAWAB KITA









Credit :Dr Rizal



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, 9 April 2016

Cabaran Alam Universiti


Aku rasa macam berat je kaki nak melangkah masuk semula setelah habis cuti mid sem seminggu ni apabila aku memikirkan bertimbun task,assignment,presentation itu ini, test itu ini.Program itu ini . Semua ini berlaku dalam masa yang singkat ,dalam tempoh yang dekat . Sesak nafas. Huh.

Tapi .


Bila aku fikirkan semula . Sampai bila aku , kau dan kita mampu lari dari masalah .Takkan selamanya asyik nak bersembunyi di sebalik CUTI . We have to confront it . Cepat atau lambat yes mmg kena jugak ,bukan ? 

Difikirkan lagi sekali , ni baru cabaran untuk kita yang berjuang menuntut ilmu bukan nya berjuang pegang senjata lagi .Tembak sana sini musuh kita . Eh , yeke tapi kenapa rasa cam besar je tanggungjawab kita sekarang ? Erm.Biasalah manusia. Kdg setengah org naik jejantas RST tu rasa okey je sambil senyum ketawa berdekah-dekah lagi ngan member sebelah . Setengah org naik jejantas RST tu semput .Macam asma pulak.Lutut kaki sendi habis semua vibrate ..Ingatlah , Semuanya dah ditetapkanNya mengikut kemampuan kita tersendiri.

Yg pengalaman buruk kita lalui jadikan iktibar supaya next time improve it , dont repeat it . #Redha
Member satu semester ngan aku , relax arh. Baru semester 2. Cabaran dan pengalaman baru yg exciting banyak lagi sedang menanti :3 In shaa Allah ,keluar nanti(graduate) kita akan jadi seorang yg sado dgn iman . Belajar dari pengalaman is the best thing .

Kalau nak listkan benda yang kita kena buat / kerja dalam sehari ni /seminggu ni memang banyak . DARI A SMPAI Z pun belum tentu cukup nak list kerjo kita.. 

Jadi apa perlu kita buat ?



Kita sette dulu yg A . Kemudian baru settle yg B . Then C . Followed by others. Jgn kita duk dekat A pun tak habis lagi . Dah pandang yg B , C , D (tapi bukannya buat pun yg B,C,D tuu.Pandang je..ala ala dreamming tak berkesudahan baik takpayah ).
Sebab apa aku kata jangan ?Well said , for some people okay je dgn situasi multitask.Dia dh biasa .Its okay .Its fine then !



Yg jenis K.O dengan situasi tu kena paham dengan diri sendiri. Sebabnya nanti kita akan rasa letih . Nyampah . Last sekali . End up kita akan fed up dan ambik bantal tidur .ABaikan segalanya( berharap dengan tidur , msalah kau akn selesai) . Ada yg lagi teruk , rasa nak jemput nyawa sendiri .Allahu .

Sedih rasanya tengok beberapa member satu course rasa macam nak drop subjek itu ini . Yg rasa nak drop degree terus pun ada. Gara-gara sesuatu masalah , habis kacau perasaan mereka .Allah . Tiba-tiba aku terasa mesej yang Allah nak bagi . Aku sentiasa mendoakan yang terbaik ntuk korang ! :D. Aku memahami sebab aku pun berada dalam group yang sma so i can feel it .
Well, mungkin sekarang hidup kita umpama petir, ribut disertai dgn hujan lebat bagai . Tapi percayalah , step by step , Allah dah atur elok ja . Mungkin nnt si pelangi akan hadir mewarnai hidup kita . Cewahhh*

#BetulkanKalauAdaPointYangTersalah
Jom sama-sama kita muhasabah diri :D

P/s : Allah sedang menguji kita ,sahabatku . Sobs ..SObs.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, 7 April 2016

TIDUR, TELEFON PINTAR DAN OTAK

TIDUR, TELEFON PINTAR DAN OTAK
=============================
Jam 6 petang tadi mesyuarat dengan pelajar. Ada agenda besar untuk pelajar. Memesrakan industri dan university. Selesai sebelum maghrib. Sempat berjemaah sekali.
Dalam perjalanan pulang teringat akan beberapa isu yang dibangkitkan oleh beberapa orang pelajar sepanjang minggu ini. Antara soalan yang banyak ditanya ialah tidur.
Masalah utamanya ialah susah mahu tidur. Masuk tidur awal. Berbaring. Bergolek ke kiri ke kanan. Mata tetap terang. Otak masih ligat berfikir. Mengantuk masih belum muncul.
Kenapa tanya beberapa orang pelajar?
Menjadi tabiat dewasa ini, telefon pintar diletakkan di sebelah kiri atau kanan kita sewaktu tidur. Ada dua alasan biasanya yang diberi. Sebagai penggera untuk mengejutkan tidur serta untuk mengecas bateri. Telefon tidak dimatikan.
Perbuatan meletakkan telefon disebelah kita dan tidak dimatikan menggangu fungsi otak. Teringat saya pada awal tahun 2002 di Melbourne. Ketika itu saya menjadi peserta penyelidikan kesan telefon ke atas gelombang otak.
Penyelidik dari Swinburn University. Saya di Monash University. Tidak jauh jarak antara kedua-dua universiti ini. Lebih kurang antara Kampung Kerinchi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Eksperimennya mudah. Bayarannya lumayan. AUD$50 untuk sekali ujian. Dengan menggunakan telefon Nokia yang terkenal pada waktu itu, peserta disuruh berbaring dan rehat atau tidur jika mampu. Dikenakan alatan untuk mengukur gelombang otak di kulit kepala.
Peserta diminta untuk menggunakan telefon tersebut untuk ujian pertama dan berbaring untuk berehat atau tidur. Alat pengukur masih terpasang. Komputer terus merekod.
Esoknya satu lagi eksperimen. Kali ini telefon Nokia tersebut hanya diletakkan disebelah peserta. Tidak dimatikan. Peserta diminta untuk berehat atau tidur. Komputer merekod seperti biasa.
Hasilnya menarik. Selepas menggunakan telefon selama setengah jam, kegiatan otak terus menerus sibuk sehingga tiga jam. Tiada satupun peserta dapat tidur. Otak menjadi terlalu sibuk. Ujian kedua juga sama. Walaupun telefon tidak diguna, otak terus sibuk.
Dalam kajian yang lebih terkini pula mendapati pencapaian prestasi otak menurun. Tidur tidak nyenyak. Banyak pengguna tegar mengalami insomnia – penyakit sukar untuk tidur.
Puncanya mudah. Ia mengganggu pineal gland yang mengeluarkan hormon tidur iaitu melatonin. 


Jadi, andai mahu tidur nyenyak:
1- Jauhkan sahaja telefon pintar dari sisi.
2- Matikan telefon pintar itu.
3- Gunakan jam yang secara tradisionalnya berkesan mengejutkan pemilik dari lena tidur.
Selamat beradu.


Credit Dr Rizal :)

 Siapa nak derma kat cheq jam loceng yang bunyi hingaqq tuh . Nanti balik desa bagilah nah .Bagi hadiah birthday wani bulan May ni pun boleh *ambik kesempatan* .Huhu.
Selalu tidur letak phone sebelah .

Teknologi oo teknologi .

Wani pernah dengar dah sebelum ni pasal kaitan kanser dengan tabiat camtu .Tapi biasalah manusia . Dah tahu kadang nak buat jugak selagi tak kena kepala sendiri.

Kalau letak phone jauh daripada telinga nanti wani tak dapat dengar la .*kureng pendengaran* haha.
Nanti ter-miss kuliah ,tutorial .Haa jenohh .

*duk ada jam pun macam takda jam *
Jam bunyi .Tutup.Sampai lima kali pun duk ulang benda yg sama.
Kalau jam loceng phone tu boleh cakap .Mesti dia cakap 'aku pun dah penat nak gerakkan kau ' .Haha.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, 1 April 2016

Status Update About Me

Assalamualaikum and hello !

How was your day ? Good enough ? 
Haha.

Regarding this post .


http://deyawanny.blogspot.my/2014/04/foundation-in-science-and-technology.html?showComment=1459307334307#c2249157624534505470


Everyone was asking me how about this and this .Can i do this or this. How i would pursue in this and so on .

For sure, i dont know how to answer it as im not one of the staff administration at UNIKL there. Hauaha.
Seriously , now im pursue my undergraduate studies at Universiti Sains Malaysia, Penang in Pure Sciences ( BIOLOGY)

If you want to ask regarding that , im okayy with that .I will try the best to answer it as and only if i knew about it . 


But other that , that i dont really sure . I cant make a promise with you to help .

I just do as i can do it only .Huhu.


If you do want to ask regarding MyBrainSc Scholarship for Undergraduate you freely can contact metoo. Perhaps, i can help you a little bit. Haha/


Okey thats all updates about me that are not so so important for some of you !




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Nur Sharwani