DEYAWANNY Deyawanny.: Rindu Sahabat.

Sunday, 12 March 2017

Rindu Sahabat.

Rindunyaa pada zaman dulu-dulu .waktu di bangku persekolahan.Waktu kenakalan aku teruji . Waktudan saat ketika kau rasa dunia ni kau yg punya.

Orang kata , sahabat sukar dicari berbeza dengan teman,kawan etc . Mudah didapati . Jumpa orang tepi jalan tegur2 sembang sembang sikit dah boleh jadi kawan . 
Pi meeting persatua jumpa kawan baharu. 
Tapi sahabat ?

Kau ada ?
Pernah rasa ada sahabat ?

Kalau kau pernah rasa, kau tahu betapa indah triple dunia kita jadinya.
Ada orang bersahabat kerna duit sahabatnya.
Ada orang bersahabat kerna ingin menumpang popular temannya yg cantik.
Ada orang bersahabat kerana temannya pandai dalam study .Boleh minta dia tolongsiapkan omwork atau assignment bila kau terlupa keje tu.
Ada juga orang bershabat kerna suka suki.
Namun sikit sahaja orang yang bersahabat kerna Allah.

Aku pernah ada sahabat yg sebegini.Sangat halus tutur bicaranya sehinggakan bila dia bercakap hati sekeras batu pun bisa lembut .Kalau dilihat tingkah lakunya sentiasa bersulamkan sunnah junjungan kita.
Bahkan tatkala kita terlupa baca doa makan ,dialah yang mengingatkan.Di kala kita kemurungan dialah yang cuba menghiburkan kita dengan tutur baitnya yang indah lagi menenangkan.

Aku tidak berkawan kerana rupanya ,tidak berkawan dengannya kerana hartanya,tidak berkawan dengganya atas sebab kepintarannya kerana semua itu tidak sempurna bagi insan sepertinya.
Namun, ada satu hal lebih indah ,lebih tinggi yg membuatkan aku terpikat untuk berkawan dengannya adalah kerana sopannya dia , lembut tutur bicaranya apatah lagi jika dilihat pada tingkah lakunya .Masya Allah, aku tidak mampu jadi seperti dia.

Sewaktu zaman sekolah , jika aku stay up study sampai 4 pagi dialah yang akan menemaniku study bersama meskipun aku tahu dia cuba berselindung kerana dari wajahnya nampak keletihan( nak tidur) .
Aku tahu. Aku hargai .

Dia selalu mementingkan orang sekelilingnya dahulu berbanding dirinya sendiri.
Inilahh yang dikatakan oleh rasulullah dalam hadisnya .
" tidak beriman kamu selagi kamu tidak mencintai saudara kamu melebihi diiri kamu sendiri" 

Masya Allah, 

Aku ingat lagi . Kalau dulu time nak makan kat dewan makan .. aku selalu dapat ayam bahagian kepak atau pehha. Which aku tak suka bahagian tu.

Aku pun omel dalam nada rendah.
Pastu dia pun menawarkan kat aku.

" wani nak tukar ngn kami ..."
Aku terdiam.
Bukan kerana marah .Bukan kerana apa tapi kerana aku tersentuh .
Dia sentiasa cuba mendahulukan aku kalau apa-apa.
Hebat orangnya bukan? Sudahlah peribadinya indah , pandai pulak dia bertaranum membaca ayat suci Allah. Aku sentiasa merasa kerdil dihadapan beliau.
Bahasa Arab memang menjadi kegemarannya .Memang sudah sebati dlm jiwanya.
Aku tidaklah hebat seperti dia.Jauh kerdil.
Kadang aku berasa cemburu dengan dirinya yg lunak mengalunkan ayat suci tersebut .
Masya Allah , cantik sangat peribadi dia .

Hari berganti hari , tiada lagi bangku persekolahan. Alam universiti mejengah hidupku.
Hidup yang penuh dengan cabaran ,dugaan dan ragam manusia yang aneh-aneh.
Keseronokan itu tetap ada namun tidak seperti dulu.
Sahabat ?
Mungkin ada ,Mungkin jugak tiada. 
Tapi jika teman, kawan ,aku mengaku ada .ramai.

Hidupku tidak seindah dulu. Org yang mungkin aku anggap sahabt atau tidak itu tidak seperti seseorang yg aku pernah kenal dahulu.
Dia asyik dengan urusannya. Dia lebih mementingkan dirinya,perasaanya .
Aku tidak marah .Kerna aku mengaku aku juga tidak terlepas dari sebegitu.

Namun, kadangkala akan ada satu situasi dimana kau tersentap ,terkcik hati .Bukan kerana kau seorang yg sensitif tapi kau tersentap dgn anggapan kau sndiri selama ni yang menganggap dia adalah kononnya sahabat dunia akhirat kau.
Fikiran kita bohong !
Ya. 
Kadang ,bahkan selalu aku teringatkan sahabat zaman sekolahku dulu.Indahnya detik Allah hadirkan masa itu .

Sekarang?
Aku sedih dengan sikap manusia yang konon mengaku sahabat kita namun apabila susah ditinggalkan kita. Bila dia susah,kita bantu . 
Selalu jugalah aku merasakan , tiada mahabbah /kasih sayang yang wujud antara kami sebagai sahabt.
Dari tingkah lakunya , kerap kali aku merasakan seolah olah dia hendak pergi menuju ke syurga sorang-sorang .
Tanpa tarik aku sekali.
Salahkan kalau aku rasa terkecik hati saat ini.
Siapa yang tak mhu syurga ?
 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 00 orang setuju:

 
Copyright © . All Right Reserved by Nur Sharwani