D.E.Y.A.W.A.N.N.Y Deyawanny.: Gambaran Ketinggian Nabi Adam



Saturday 15 February 2014

Gambaran Ketinggian Nabi Adam

Assalamualaikum semua :)

Daripada kita berfb-fb berjam-jam luangkan sedikit masa anda untuk sesi ni . Mungkin ada yang sudah tahu dan ada yang baru tahu . ALhamdulillah . Semoga sesi ni dapat membuka minda dan hati kita agar semakin menyedari siapa kita dahulu dan sekarang .



Sabda Rasullulah SAW:
“Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“ 
(HR.Bukhari), hadis ini juga terdapat dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad.



Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah ketinggian Nabi Adam a.s adalah 60 hasta. 1 hasta = 45.72 cm. Jadi, tinggi Nabi Adam adalah kira-kira 27.432 meter. Hampir mencapai 30 meter. wallahu’alam.

Cuba tengok replika baju Nabi Adam a.s di dalam gambar. Ia dibuat di Jeddah, Arab Saudi dan memakan masa selama 18 hari untuk menjahitnya. Panjang 29 meter dan lebar 9 meter.

Tinggi kan ? Wahh !





Replika ni dibuat sekadar untuk melihat setinggi manakah atau sebesar manakah (saiz) Nabi Adam a.s.

Para saintis Amerika Syarikat membuat kajian terhadap bangsa mereka sendiri yang dulunya didakwa sebagai bangsa yang mempunyai purata ketinggian yang paling besar dalam kalangan bangsa lain di dunia.

Namun , daripada kajian yang dilakukan itu, bangsa Amerika Syarikat didapati semakin merosot purata ketinggian mereka. Salah satu puncanya adalah kerana memakan makanan (yang diawet).








:::::Nota jari manis : ::::
Berdasarkan pemerhatian aku , patutlah ramai bebudak zaman sekarang banyak yang comel-comel ke ketinggian dia ..atau lebih tepat PENDEK . Berul tak ? Sebab rata-rata makanan yang kita duk makan setiap hari tu sudah ditambah dengan perservativelah diawetlah dan macam-macam lagi yang kalau kita tahu apa akibat dia memang kita takkan makan . Apapun , tinggi ke rendah ke tu semua tak penting . Yang membezakan kita adalah IMAN dan TAKWA sahaja . Renung-renungkan dan selamat beramal ~ :)






The Capacity To Learn Is A Gift , The Ability To Learn Is A Skill , The Willingness To Learn Is A Choice

3 00 orang setuju:

Anonymous said...

salam , kak ! mohon copy paste untuk umum .. boleh tak ?

Fatimah Nabila said...

Huhu..wlaupun kecik, 2 yg comel tu..haha!

Deyawanny said...

TQ semua :) Yg nak copy pasta boleh aje :)

 
Copyright © . All Right Reserved by Nur Sharwani