Assalamualaikum .
Benda ni berlaku sidang lepas tapi akubaru terasa nak share harini sebab sebelum ni blog ni aku tutup ( under maintenance ) .
So masa aku SECOND YEAR , which is tahun 2017 , rasanya masa semester 1 kut. Ramai yang balik kampung . Cuti lam 1-3 minggu kalau aku tak silap la. Aku asalnya memang nak balik tapi disebabkan aku dengar pasal AYEC 2017 dari member . Buat aku terpikir, kalau aku balik, apa je aku leh buat ? Baik aku join ni . Dapat pengalaman . Asalnya aku satu team dengan IRDINA. Tapi dah dia ada task lain kena settle . So aku terpaksa bergandingan ngan orang lain . Ye awaklah makcik !
Terima kasihlah sudi menggantikan tempat Irdina, dapat juga kita merasa masuk AYEC . Hoho.
Lupa nak cakap, satu team dua orang je ahli . Setiap universiti boleh hantar berapa banyak team pun . Alhamdulillah USM sponsor kita pergi sana , join AYEC. Mahal woo yuran penyertaan dia ...( maklumlah peringkat asean hehe ) .. So USM hantar 2 team la termasuk team aku . Lagi satu team, akak senior hehe .. Kak Mira and Kak Tasya . You guys are so sportingg ! Haha walaupun baru kenal tapi rapatlah jugak kita kan . Haha.
AYEC ni melibatkan student student dari negara asean . masa time kami join, antara negara yang menyertai adalah Myanmar, Indonesia,Brunei,Vietnam etc termasuklah universiti tempatan yang lain macam UUM , UMP,USM,UPSI,UTEM,UM, etc. Hebat hebat korang semua .
So pertandingan berkisar pasal entrepreneur la macam namanya . Aku pun bukan terror macam hangpa haha. Tapi aktiviti sepanjang pertandingan ni memang agak tough . Haha . ( mesti ada AJK AYEC tengah baca blog aku ni ) . Pening kepala migrain takpayah cakaplah haha. Setiap malam kami kena present TASK kami yang dah settle belah siang tadi . Kena siapkan TASK-TASK bagi EACH CHAPTER. Setiap chapter adalah beberapa task dia .
Ada kena jual minyak wangi la ..secara OFFLINE okayyy ! Tanpa info diberikan . So kena guna kepala otak kau untuk lariskan benda tu . Pastu ada yang dia bagi modal kat kita , suruh beli apa apa untuk dijual and make profit from that .. Profit tu nanti last last kita juga yang dapat ya.
CUma nak lariskan jualan tu susah sikitlah .. Dah orang pandang kita semacam ' budak celah mana datang ni pakai baju hijau shocking ..."
Haha. Time tu , kami jual AISKRIM je ka BANGI CENTRAL and sekitar TASIK CEMPAKA. Modal kami ciput gile ( sebab kami pandai deal part tu ) , untung boleh tahan la tapi takdelah nak tinggi mana .. CUma kalau masa diberi panjang , in shaa Allah, kepuk kepuk untung .
Tebalkan muka jelah weyh time jual tu .
Pengalaman paling aku takleh lupa , PAKCIK GUARD kat BANGI CENTRAL tu usya kami semacam ja . Duk tunggu depan pintu , takmau bagi kami masuk dalam jual * cehhh*
Bukan aku nak jual kat belah dalam pun , jual kat luar je pun . Guard tu orang asing ..bukan orang kita ,,,Tapi hat paling aku tak tahan , budak team aku ni boleh dia pi jual kat guard sorang ni ... sebab kami taktau pun dia guard haha... dia tanyalah team mate aku ni macam-macam ..dari mna..apa benda ni bla bla... at last baru kita tau dia ada kaitan ngan guard lagi sorang tuuu.. Waduhhh silap la hang pi promote kat dia hahahahahaha.....
Aku rasa macam kena 'dera' haha sepanjang event ni ..tapi bestlah sebab pengalaman kan..ada part marketing la etc.. Belah pagi and siang ada je task-task siapkan...malam pulak kena present depan semua peserta,ajk,juri ..cadangan, kena bantaiii, kena provoke semua kena aih . Awal awal tu neveslah jugak haha sebab english kan dah semua negara asean ada gak .. tapi lama lama muak dah aku rasa nak kena pi depan kat pentas and bentang semua tuu.. Hahaaa..
Hari last , korang dapat jenjalan sekitar KL !! Aku pi jalan TAR , murah bakhangg... meleleh air liuqq.. Haha..Kain murah, tudung murahh . Dalam siapkan task pun , kami dipecahkan kepada dua group. Satu grou yang pergi Negeri Sembilan ( buat pasal canting batik kut ) ... lagi satu group pergi kat johor ( bljr psl homestay ) ..Aku dapat ke Johor .Kebetulan aku dapat homestay yang paling terbaik kat kampung sugil tu . Rumah berkayu tau, Cantik dalam diaa . Ramah tamah makcik tu . Aku duk dengan budak UMP sorang dan lagi satu ngn budak Vietnam ( T- nama dia) . Pastu sembang sembang la ngan mak angkat kami tu . Tanya dia, rupanya semalam hanya RM80 je bayar untuk homestay kat kampung ni ! Murah la tu . Selesa gila kut . Macam bilik pengantin ..Ada aircond lagi rumah kami dapat tu.
Mak angkat kami cakap , nanti nak mai , datang je ,,FREE je .. Hahaa... Best kan . Tapi cadangan kpd AYEC , lain kali boleh wat penambahan masa kat sini ..supaya lebih lama dan adakan aktiviti yang mengekalkan jejak kita kat sana .. Yang membawa impak kat kampung depa ( supaya depa ingat kita sentiasa) ..lebih lanjut kena pm tepilah ..huhu banyak nak cakap sebenarnya.
MAKAN ? Toksah cakaplah bab makan, terlbih cukup . Aku naik gemokk debab dah hasil bermaustatin di UKM haritu. Sebab asyik makan ayam hehe . Kalau boleh nanti, AJK AYEC , ubahlah ye . Aku kalau telur setiap hari takpe, jgn ayam tiap hari . Hehe.
Tapi ,memang sedap la rasa kuah semua tu. Kat Johor lagilah , semua lauk ada ..ikan, sayur, telur, siap kupas buah lagi bg kami makan ..Haha... ala ala program angkat la.
Kampung Sugil kat Johor tu memang best sebab dmai je , dan dekat ngan Gunung Ledang .. Haha .. Gunung lejenn woo.. Kami sempat gi sana ...tapi bahagian rekreasi je ..yang bahagian dalam cita Hang Tuah and Puteri G.Ledang tu kat bahagian satu lagi . Sempat la kami basah basah sikit kat sana, beli ole ole sikit haha..
.
Yangbestnya, dapat bertukar budaya and pandangan la ngan budak budak asean. Kitaorg pun still connected to each other .
Nah berikut aku sajikan gambar gambar yang akan buatkan korang muntah haha..
Oh ya , event ni berlangsung selama seminggu .
( GAMBAR AKU UPLOAD NANTI SEBAB TEKNIKAL PROBLEM SIKIT )
0 00 orang setuju:
Post a Comment