D.E.Y.A.W.A.N.N.Y Deyawanny.: INTROVERT OR EXTROVERT ?



Sunday, 17 April 2016

INTROVERT OR EXTROVERT ?

Topik kali ni pasal introvert or extrovert .
Its quite interesting i think ! 

haha.

Well, you have to know character of a person right ? SO kemoon move on .

INTROVERT DAN OTAK
===================

Anda seorang introvert atau extrovert? Kedua-dua ini hanya klasifikasi personaliti. Memudahkan untuk memahami diri dan orang lain. Bukan bandingan yang mana lebih baik. Hanya perbezaan untuk pemahaman.


Introvert cenderung untuk bersendiri. Lebih selesa begitu. Berada di khalayak ramai mengundang gelisah. Dalam berbual lebih banyak mendengar. Bercakap bila perlu. Bila ditanya. Jawapan pendek. Tiada bunga-bunga atau renda. 


Introvert banyak menghabiskan masa berfikir. Bahagian kelabu otak (gray matter) didapati lebih tebal disekitar kawasan prefrontal cortex. Letaknya di belakang dahi kita. Menunjukkan orang introvert lebih banyak fikir. Lebih abstrak fikirnya. 


Cara dopamin (hormone gembira) bekerja di otak introvert juga berbeza. Ianya tidak seaktif seperti otak orang extrovert. Andai menerima kejutan (seperti memenangi tempat pertama), amygdala (yang memproses emosi) aktifnya biasa-biasa sahaja. Andai menerima ganjaran, nucleus accumbens yang sepatutnya menjadi lebih aktif juga biasa-biasa aktifnya.
Natijahnya, akan ditanya “tak seronok ke dapat hadiah?” Bukan si introvert tidak gembira. Kegembiraan itu berlapik. Punya seni tersendiri. Yang berbunga hatinya. Wajahnya biasa-biasa sahaja. Tiada riak besar.


Apabila Hafiey, anak sulung mendapat tempat pertama pertandingan Sains peringkat Negeri Sarawak, wajah saya biasa-biasa saja. Apabila Hafiey mendapat straight A dalam SPMnya, tiada gelombang merah menerjah ke muka. Tetap biasa-biasa sahaja. Isteri bertanya "tak seronok ke". "Alhamdulillah, seronok." Jawapan ringkas. Dalam hati tumbuh taman.Muka biasa-biasa saja.
Andai anda punya pasangan, anak atau ibubapa introvert, usah gusar andai hadiah diberi tidak menghasilkan reaksi yang diharapkan. Mereka gembira. Tiada pertunjukkan kegembiraan sahaja. 


Tiada perarakan hadiah yang diberi.
Perlu tahu bagaimana otak berfungsi. Rumahtangga akan harmoni. Persahabatan terpelihara. Ofis aman. Tiada dengki. Jauh dari salah sangka.
Mahu tahu tentang otak extrovert?
OTAK KITA TANGGUNGJAWAB KITA

 


EKSTROVERT DAN OTAK
=====================
Ekstrovert tidak sama seperti introvert. Masing-masing sarat dengan perilaku yang berbeda. Ekstrovert lebih bersifat eksternal. Orientasi luaran. Penuh warna warni.
Esktrovert kurang betah duduk di bilik atau di rumah. Jarang mahu menghabiskan masa sendirian. Mesti berteman. Mesti keluar. Ada borak-borak.


Mesti mengopi atau mengeteh kata orang sekarang.
Andai diajak keluar, perkataan JOM pasti akan terpacul terus. Tidak ditanya mahu ke mana atau keluar dengan siapa. Atau naik apa. Perkataan JOM disambut dengan JOM sepantas mungkin.
Esktrovert mencari keseronokan di luar. Cara dopamine (hormone gembira) berfungsi juga tidak sama dengan introvert. Dopamin sangat aktif pada ekstrovert. Kalau aktif biasa-biasa tidak teruja ekstrovert. Hidup tidak ada ummph. Dopaminnya mesti lebih.


Berbual dengan orang ekstrovert menyeronokkan. Ekstrovert berbual dengan sesiapa sahaja. Tidak kira jantina. Ramahnya tidak bertempat. Suka pada aksi. Kalau ada pasangan sebegitu tahan sahajalah. Itu cara orang ekstrovert beroperasi. Banyak rambu ramba.


Dalam konteks imbasan otak, ekstrovert yang diimbas otaknya menunjukkan lebihan aktiviti di bahagian posterior thalamus dan posterior insula. Keduanya berkait rapat dengan kecenderungan menganalisa maklumat berbentuk sensori. Antaranya ialah lihat, dengar, rasa, bau dan sentuh.
Andai ekstrovert diminta memberi pendapat tentang pakaian kita, atau kesesuaian antara tudung dan baju, deskripsi dan ulasannya panjang. Kata-katanya kekadang agak berbisa dan menghiris. Pernah berlaku? Selamat datang ke dunia ekstrovert.
OTAK KITA TANGGUNGJAWAB KITA









Credit :Dr Rizal



The Capacity To Learn Is A Gift , The Ability To Learn Is A Skill , The Willingness To Learn Is A Choice

0 00 orang setuju:

 
Copyright © . All Right Reserved by Nur Sharwani