D.E.Y.A.W.A.N.N.Y Deyawanny.: TIDUR, TELEFON PINTAR DAN OTAK



Thursday, 7 April 2016

TIDUR, TELEFON PINTAR DAN OTAK

TIDUR, TELEFON PINTAR DAN OTAK
=============================
Jam 6 petang tadi mesyuarat dengan pelajar. Ada agenda besar untuk pelajar. Memesrakan industri dan university. Selesai sebelum maghrib. Sempat berjemaah sekali.
Dalam perjalanan pulang teringat akan beberapa isu yang dibangkitkan oleh beberapa orang pelajar sepanjang minggu ini. Antara soalan yang banyak ditanya ialah tidur.
Masalah utamanya ialah susah mahu tidur. Masuk tidur awal. Berbaring. Bergolek ke kiri ke kanan. Mata tetap terang. Otak masih ligat berfikir. Mengantuk masih belum muncul.
Kenapa tanya beberapa orang pelajar?
Menjadi tabiat dewasa ini, telefon pintar diletakkan di sebelah kiri atau kanan kita sewaktu tidur. Ada dua alasan biasanya yang diberi. Sebagai penggera untuk mengejutkan tidur serta untuk mengecas bateri. Telefon tidak dimatikan.
Perbuatan meletakkan telefon disebelah kita dan tidak dimatikan menggangu fungsi otak. Teringat saya pada awal tahun 2002 di Melbourne. Ketika itu saya menjadi peserta penyelidikan kesan telefon ke atas gelombang otak.
Penyelidik dari Swinburn University. Saya di Monash University. Tidak jauh jarak antara kedua-dua universiti ini. Lebih kurang antara Kampung Kerinchi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Eksperimennya mudah. Bayarannya lumayan. AUD$50 untuk sekali ujian. Dengan menggunakan telefon Nokia yang terkenal pada waktu itu, peserta disuruh berbaring dan rehat atau tidur jika mampu. Dikenakan alatan untuk mengukur gelombang otak di kulit kepala.
Peserta diminta untuk menggunakan telefon tersebut untuk ujian pertama dan berbaring untuk berehat atau tidur. Alat pengukur masih terpasang. Komputer terus merekod.
Esoknya satu lagi eksperimen. Kali ini telefon Nokia tersebut hanya diletakkan disebelah peserta. Tidak dimatikan. Peserta diminta untuk berehat atau tidur. Komputer merekod seperti biasa.
Hasilnya menarik. Selepas menggunakan telefon selama setengah jam, kegiatan otak terus menerus sibuk sehingga tiga jam. Tiada satupun peserta dapat tidur. Otak menjadi terlalu sibuk. Ujian kedua juga sama. Walaupun telefon tidak diguna, otak terus sibuk.
Dalam kajian yang lebih terkini pula mendapati pencapaian prestasi otak menurun. Tidur tidak nyenyak. Banyak pengguna tegar mengalami insomnia – penyakit sukar untuk tidur.
Puncanya mudah. Ia mengganggu pineal gland yang mengeluarkan hormon tidur iaitu melatonin. 


Jadi, andai mahu tidur nyenyak:
1- Jauhkan sahaja telefon pintar dari sisi.
2- Matikan telefon pintar itu.
3- Gunakan jam yang secara tradisionalnya berkesan mengejutkan pemilik dari lena tidur.
Selamat beradu.


Credit Dr Rizal :)

 Siapa nak derma kat cheq jam loceng yang bunyi hingaqq tuh . Nanti balik desa bagilah nah .Bagi hadiah birthday wani bulan May ni pun boleh *ambik kesempatan* .Huhu.
Selalu tidur letak phone sebelah .

Teknologi oo teknologi .

Wani pernah dengar dah sebelum ni pasal kaitan kanser dengan tabiat camtu .Tapi biasalah manusia . Dah tahu kadang nak buat jugak selagi tak kena kepala sendiri.

Kalau letak phone jauh daripada telinga nanti wani tak dapat dengar la .*kureng pendengaran* haha.
Nanti ter-miss kuliah ,tutorial .Haa jenohh .

*duk ada jam pun macam takda jam *
Jam bunyi .Tutup.Sampai lima kali pun duk ulang benda yg sama.
Kalau jam loceng phone tu boleh cakap .Mesti dia cakap 'aku pun dah penat nak gerakkan kau ' .Haha.



The Capacity To Learn Is A Gift , The Ability To Learn Is A Skill , The Willingness To Learn Is A Choice

0 00 orang setuju:

 
Copyright © . All Right Reserved by Nur Sharwani