Assalamualaikum.
Saat aku tulis ni aku tengah menikmati sisa cuti mid semester yang cuma 3 minggu je ? Huhuk .Cuti paling sedih . Sekejap je duk rumah rasa eh dah nak balik USM dahh.
(Tak sempat lemak i nak bersuka rayaa )
.
Ok tujuan aku tulis kali ni just nak share some of my subjek yang kami kena ambik masa tahun ketiga,semester satu sebagai seorang student pure biology USM,Minor in Botany .
.
Yes. Wani minor dalam botany .Korang kena pilih nak major apa waktu second semester ,second year , before exam kalau wani tak salah la. Dia ikut pointer jugak tapi mostly dia akn ikut kuota based on kelayakan la.
Kalau dah tahun tu ramai budak minta microb ..kena pulak yang minta minor microb 99 orang ...Of course la dia akan cut dari pointer paling tinggi sehinggalah cecah limit untuk microb ( around 30 ppl) .
Yang selebihnya ..dapat minor yang kedua yg korang pilih masa 2nd year tulah.
Wani memang letak 1st choice Botany pun . Second microb kut .Ramai tanya " Eh wani kenapa tak ambik microbiology "
Kawan-kawanku, aku memang suka bab natang-natang microb ni tapi masalahnya kena sabar main microscope haha . Pastu aku ni takleh duduk setempat diam-diam sikit . Kau paham jelah microbiology memang keje dia dalam lab je 24hours hehe. So aku tak betah la ..haha..kebas punggung aku.
.
Macam botany dia ada field work kat luar , melancong-lancong sambil belajar hoho. (kau tengok bawah nanti) .
.
Untuk batch aku , yang ramai orang ambik untuk PURE adalah MICROBIOLOGY .
Kalau korang minta MINOR A tapi dapat MINOR B macamana ??
Senang je. Pergi jelah jumpa Dekan School kita , bincang ngan dia . Nanti dia suggest la , and pertimbangkan permohonan korang . So far, ramai je yang minta tukar and diluluskan . ALhamdulillah la kan .
.
so berikut adalah subjek masa aku 3rd year,1st semester ya.
BBT309 PLANT STRUCTURE EVOLUTION
Untuk subjek ni , time wani adalah Dr Baha dan Dr Asyraf. Lain sidang , mungkin akan ada ganti lecturer . Macam Dr baha tu dia tak lama lagi nak pencen dah katanya .Oh ya , subjek ni adalah teras budak budak botani dan ada kuliah dan lab ( selang seminggu). Kuliah sempoi sempoi je . Buat kat bilik tutorial je time kami sebab tak ramai sangat kan. Lab senang gila , just lukis lukis and identify sikit sikit pokok time lab ( ni untuk part Dr Asyraf laa) .. Untuk lab bahagian Dr Baha pulak time kami dia ada bagi a few assignment untuk bantu carry mark kita. ( Baiknyaaa Dr Baha ) hehe.Conthnya time kami kena bawak 20 pokok and jaga dia macam anak korang sendiri . Ada markah tauu. Pastu adalah cari nama saintist/pakar botani , ada presentation group work ( campus plant) ,ada la banyak lagi. Tapi jangan risau senang je . Sebab dia sporting je .
Dr Asyraf pun best sebab dia lagi sporting haha . Chill gila, korang masuk kelas dia nanti korang taulah . Most of them , akan bagi tips untuk final exam or quic so please please pay attention .
Segala kerja dia suruh buat , BUAT dengan SEGERA dan hantarlah aawal kalau dah siap.
Macam wani, task wani yang siap awal ,wani hantar ke lecterur terus . Dr pun happy siap kata nak bagi full mark / markah lebih lagi untuk task tu.. Happynyaaa tak terkira...
Sebab wani hantar awal semata-mata sebab taknak semakkan minda dah..Nak submit terus senang tak payah tangguh2 lagi. Tapi tak sangka dapat 'UPAH' dari Dr.
Oh ya , untuk subjek ni , kami kena beli buku pasal nama2 plant dari singapore ..tebal macam kamus , kecik...harga lam RM89 kut..Diskaun dpt murah skit haha..
.
Untuk FINAL EXAM, focus je apa lecterer tekankan dalam kuliah dan test sebelum ni . Rata rata soalan akan keluar lebih kurang je. Kadang sebijik pun adaa.Haha.
Time exam, wani boleh jawab kesemua soalan dengan berjayanya. Alhamdulillah . Tq sesangat la kat Dr Baha dan Dr Asyraf . Ni lah subjek paling sportinggg habis semester ni !!
. Coursework pun wani dapat A ,..in fact agak ramai dapat A. Happyy !
lupa nak cakap , untuk fieldtrip kami ke Cameron Highland !!! Yeyyy ! Best gilaa.
BBT308 TROPICAL PLANT ECOLOGY
-
Okey subjek ni dengar kata masih baru lagi . So buku pun takdelah .Guna slide Dr je. Time kami yang ngajar adalah Dr Salmi dan Dr Fong. Keduanya adalah Dr dari environmental department.
Dua dua ni memang pakar gilaa la..Banyak info wani dapat belajar subjek ni . Dari pokok sehinggalah ke environemntal issues.
Ternganga aku dengar dua dua Dr ni mengajar . Tak tipuu..
Dr Salmi mahir bab bab dipterocarp or low land forest manakala Dr fong expert in mangrove .
Untuk subjek ni pun kami ada field trip ..iaitu ke Matang Mangrove Forest,Perak under Dr Fong ,
Trip sehari je time kami ..tapi penuh ngan informasi.
Ada kuliah subjek ni dan ada lab. Tapi lab kita tak macam lab lain. Time lab ni kita akan buat presentation , group work , discuss, kuliah etc . So takpayah bawak lab coat ! hoho .
Group work tu ada markah tau .
Dalam subjek ni korang akan belajar pasal seasonality , forest-forest yang ada, forest fire, dan ala ala ekologi semua tulahhh . haha.
Untuk final exam , kalau Dr Fong , dia ada bagi hint . Kalau siapa yang nganga , say buybyee laa...So alert !
Untuk part Dr Salmi, dia tak bagi tips . Tapi korang bolehlah agak part mana dia selalu tekankan time kuliah .
Itu cara wani la , sebab wani perasan dia asyik tekan pasal __ je tiap kali topik mesti ada sebut __ ni ..sebabtu wani cari extra info on booklet etc untuk prepare jawab exam final. Finally , dalam final , keluar weyhhh sebijik gaklah . Cuma salah aku cuma satu part Dr Salmi, aku tak tengok balik quiz2 yang kami buat ! Huhu ... Terpaksa aku tinggal soalan tu . Padahal senang gila je soklan tu kalau kau boleh jawab quiz haritu .
.
BGT301& BGT 302 PLANT PATHOLOGY
-
Untuk subjek ni, ia adalah elektif tau .. ,subjek ni aku boleh kata inalillah gaklah .Haha. Sebab syllabus dia agak membebankan weyh ! Banyak sangat penyakit and diseased cycle kena ingat! Biul kepala dennn haa..
Subjek ni belajar pasal penyakit tumbuhan la yang disebabkan oleh virus,fungi,insects,nematodes,bacteria etc. Setiap satu tu ada pulak dia punya family and anak genus spesies sakan diaa .. Setiap tu mostly ada pulak dia punya diseased cycle . Atas 10 diseased cycle tu mmg konfirm dah haha..So study la awalawal . jgn jadi macam aku . Study last minute gak subjek ni , derita gaklah , Pening habis tertukar sana sini.
Lecterur yang mengajar adalah Dr Hawa dan Dr Nik Izham. '
best dan berpengalaman luas tau diorang ni .
Time part Dr Hawa, adalah bbeberapa pop quiz dia buat hahaaaa.. pastu presentation sikit.
Time lab , takdelah susah mana tapi yang tak bestnya cuma lab dia ramai gila student ambik.. dalam 65+ student . Satu group ada dalam 9 orang . Ramai kan > So tak best la sebab tak dapat nak merasa tengok microscope puas puas , cungkil sana sini . Kalau dpt yang lagak taiko ,, nasiblah kau . Kalau dapat ahli yg considerate, kau kira bertuah jugalah cuma tak puas main je time lab tu,
Time lab, Dr Nagao yang takeover . Dia dari Japan so slang tu memang ada. Tak paham tanya je lab assistant situ . GA pun ada,
.
Untuk Quiz Dr Nagao baik korang hati hati . Prepare yourself sebab aku dapat markah rendah..Majoriti ramai dapat markah rendah weyhh.. Dahlah lab plant patho ni takda final exam , so kau rasa tak betapa aku cuak bila mengenangkan berapa sagatlah gred aku leh dapat ? Haha.
Untuk subjek plant patho kuliah tu aku takdelah risau sgt .Sbb final exam dia aku leh jawab kesemuanya ! Alhamdulillah , walaupun coursework aku dpt B+ je . Huhuk.
Yg part Dr Nagao punya lab tulah aku risauuu gilaaa.
Saranan wani, untuk subejk ni buatlah MIND MAPPING . Gila sangat membantuuuu tauuu !
So buat ! Walaupun tak suka, buat je ! Aku pun tak suka..
Buat sebelum minggu exam lagi , lagi baguihh .
STU PSIKOLOGI KESIHATAN
.
Subjek minor terakhir aku ambik haha. Legaa.. Dr Intan ajar macam biasalah ..Macam hangpa tak besaaa ..Ada tutorial . Haha... Dulu masa arwah Dr Affendy ajar , takda tutorial hehe. ( Hadiahkan AL-Fatihah kepada insan pendidik hebat ini ) . Beliau pergi masa tahun tu jugak . Sakit katanya.
Time tutorial , ada presentation grou work macam psiko asas tulahh haha.
Time kuliah , ermm macam biasalah ramai gila ponteng ... haha ..
ikut la rasionalisasi hangpa nak ponteng ka apa.
.
4 00 orang setuju:
aslm sis, saya nak tanya (1) like after this botany course kita cam jalan dalam hutan boleh identify la mana herbal and poisonous plants.. mana rare species.. and (2) memang kita akan faham ka apa yg plant cuba nak sampaikan? like kita boleh paham communication among plant ke?(3) saya baca ii skit agrobiology lebih kpd crop production and plants diseases (pathology).. pure bio (botany) ni lebih kepada apa ea? apa skill yg saya akan dpt from this course..(4) pastu saya curious, saya ada nmpk course plant genetic dlam botany..and saya jugak perasan ada genetic engineering dlam microbio or biotech tah.. tapi plant genetic ni kita just belajar sequence of certain ii gene or kita bole buat plant GMO jgak?
im a student considering to take either pharmacy (make herbal product) or botany, environment , or agrobiology
Wahhhhh seronok baca pengalaman akak. Tp tu la beza dgn sekarang, ye la odl kan. Btw, sy pon baru nk masuk third year n course sama dgn akak. Plant biology :) Ambik aura duluuu sebelum start sem baru ni. Nervous.
Haiii !!! awak masuk degree kat usm guna lepasan apa ? Saje nak tahu ,,, asasi matrik or diploma ?
Hai
Post a Comment