D.E.Y.A.W.A.N.N.Y Deyawanny.: August 2014



Saturday 16 August 2014

Satu Natijah dimulakan dengan satu Mukadimah


Assalamualaikum . Lamanya tak update. Busy lately.. Baru je tamat exam UPS.Huh. :D
Harini kita nak discuss about "Natijah dimulakan dengan Mukadimah"
Kejayaan kita menewaskan musuh lahiriah kita bgntung kpd kejayaan kita menewaskan musuh batin kita. Apa musuh batin kita ?? Jawab ! :D

Of course Hawa Nafsu. SOmething yang saya sememangnya akui sukar untuk tewaskannya.
One more,,sebenarnya sedar atau tak sedar SYAITAN sebenarnya sudah menyerang kita dari awal pagi lagi.. Macamana dia serang ? Yeke ? Ok.Setiap manusia..bila mana dia tidur akan ada 3 belitan/belenggu yang mengikatnya. 
Belitan tak dapat diungkai selagi tak lakukan 3 perkara. .Sebab itu,nak tahu kita menang ke tidak pada hari tu tengok pada awal pagi kita bagaimana? Kita pendekkan cerita .Satu natijah dimulakan dengan satu mukadimah.Mukadimah baik, in shaa Allah natijahnya baik. Apa mukadimahnya? Mukadimahnya adalah apa yang kita buat pada awal pagi sebaik sahaja mata korang terbuka dengan taik mata melekit. 

Ada orang buka-buka mata ja (bangun tidur) terus tengok WhatsApp.Facebook.WeChat.Twitter.and jin-jin tanah yang lain. Tengok kalau boypren hantar mesej shuuweet ke..Ada ke org camtu ? Hurmm. I hoped not.
Really hope. Do you get my meaning ? Hah ?
Well. Wani tahu skang ni memang canggih.WhatsApp la. BeeTalk la apa lagi jin seumpamanya.Sampaikan sesetengah org nak pergi buang hajat besar kat toilet tu pun usung sekali phone dia . Ishhh. Ok.Wani faham. Nak isi masa lapang buang hajat besar la ye? Camtu ke ? Ok. I get it. Ada juga hok gitu.*

Nak makan, letak fon kat sebelah. ..Maklumlahh nak suap nasi yang dia makan tu kat fon dia. Fon dia kan lapar jugak. Letak saja takpe lagi sebenarnya. Ni sambil makan boleh pegang fon?Main pulak tu. Ishh. Beradab ke tu? I don't think so . Rezeki depan mata. Tapi ...hurmm. (sambung ayat sendiri please). Tengah jalan nak pergi class pun boleh main fon..main pulak bukan main lama. Sampai dah sampai dewan kuliah pun boleh dok main lagi.? Takpe lagi. Ni sampai lecturer dah sampai and tengah mengajar pun boleh main fon ? Ni melampau dah ni. Watch out ! 

Actually , kadang-kadang wani rasa cam annoying je bila duduk dalam masyarakat/orang sekeliling yang asyik pegang fon je memanjang. It was like I was a stone at that time. Like i didn't exist. Even if they do turned around when I'm talking,,and then, after a few seconds,they will tend to look through their phones and did not focussed about what i'm talking about.I wished that this situation will end up as soon as possible(even i do not know how long anymore i do have to wait) . Wani buat satu analogi laa kan bagi sapa yang masih tak paham apa yang wani cuba sampaikan.

SITUASI ANALOGI

Situasi dia macam kita cakap dengan kucing yang tengah lapar gilerr(and ada makanan depan dia.).Kita citer masalah kita kat kucing tu. Tapi kucing tu buat apa ? Ko ingat dia tengok muka ko memanjang  je and anggukan kepala? No laa. Makanan ada depan mata so apa lagi dia makan laa dengan rakusnya. ..Tapi takpelah tu kucing. Kita paham. Btw,kita paham kucing tu tengah lapaar tahap ..so takkanlah kita nak ambik bekas makanan dia..Pastu kita membebel masalah kita kat dia..dah habis bebel baru bagi makanan. Ada pulok hok gitu ..Silap haribulan parutla muka korang kena cakaran 'si manja'.

What i'm trying to convey is..

Teknologi skang yg ada tak salah. Org yg buat/reka ni pun tak salah. malah kita patut terima kasih kat diorang. ..Tapi yang salahnya kita. Cara kita. Cara kita manfaatkan techno tu. Nak berwhatsApp boleh.No hal. Tak haram selagi tak bercanggah.Tapi janganlah sampai lagha. Aku pun kdg2 naik fed up jugak dengan spesies jin tanah macam whatsapp dll tu..Tapi kdg2 aku fikir balik. Kalau aku left group ni nanti..mcmana aku nak dapat info2 penting ?. Entah arr apa yang best sgt sampai mostly hampir ssemua org taknak berenggang dengan fon . Boleh je nak main sampai sewel(gila) sekalipun..tapi biarlah pada masanya dan ada had/limit.Time belajar,kita belajaaar. Time rehat,kita rehat.

Ok. Nampak cam terlebih hurai pulak kena buka tajuk baru ni kalau nak cakap pasal tecnology.. Sorry ye.. Ada yang menguap dah tu. ..

Let's get back to the topic.

Setiap manusia yg tidur, ada 3 belitan yang membelenggunya. Dab jaga2 belitan ni takkan terurai atau terlepas selagi kita tak lakukan 3 perkara ni.


1. Bila kita bangun.Kita baca doa bangun tidur.Ok. Let say laa korang baru bangun tidur..dengan air liuh meleleh ..terjaga. Pulp !.. Mamai-mamai lagi kan.. Tak teringat baca doa bangun tidur ? Takpe. Paling lekeh kita kata ." Allah " ..Tanda kita mengingati Allah sebaik sahaja bangun dari tidur.
Tahniah ! Satu liltan telah terungkai !


2.Bangun untuk wudhu. Tahniah . Belitan kedua terurai !

3. Bangun untuk solat. Tahniah ! Anda bebas dari belitan syaitan !!

Mengikut kajian,sudah 80% umat islam tak solat. Dan semestinya kebanyaakkannya solat subuh. Kalau pkara asas macamni pun kita  tak dapat lawan ..macamana nak lawan musuh lahiriah.Sebab tu pendapat saya..kalau nak lawan Yahudi2 semua tu xpayah kita susah2 boikot itu ini..buat demonstrasi itu ini..Mmg ianya perlu...tapi ada sesetengah org akan berkata .

" Alaaaa...susah laaaa nak boikot produk diorang. Produk diorang banyak and mostly yg common kita selalu guna ..barang lain x mutu "

..dan mcm2 alasan lagilaa...  Ok fine ! Ada cara mudah ..Kita boleh je take first step ni dulu in case kalau rasa berat sgt2 teramat sgt nak boikot itu ini..Benda nampak mudah/simple tapi sebenarnya hakikatnya susah di mata rakyat Malaysia. Yakni SOLAT SUBUH BERJEMAAH..Maksud sini, bukan berjemaahh setekat dua tiga org je..Mmg boleh. But.. Apa yg saya lebih cuba tekankan adalah bilangan yg sgt ramai yg mana melebihi bilangan org dtg solat Jumaat. Macamana kalau kita buat satu event khas.Semua umat islam ramai-ramai turun solat jemaah subuh beramai-ramai di masjid.Simple as that. Jgnlaa buat satu hari je event tu. Mau gelak Israel kat sana.. As you know, Israel cukup takut..Yup. Cukup gentar,gerun,takut kalau bilangan umat Islam yang solat subuh berjemaah ramai melebihi org datang solat jumaat.. Can you see that ? Kenapa takde pun event camtu kat Malaysia (ke aku yg taktau ada)? Pakat-pakat satu malaysia turun padang(masjid). Saya boleh jamin. Pasti Israel pada waktu itu serba sedikit akan mula berasa takut.Gerun. . Kita boleh je mulakan dengan perkara simple macam tu dulu. Kalau perkara simple macam tu kita masih tak lepas. macamana nak hadapi musuh lahiriah macam YAHUDI LAKNATULLAH tu ???? Ni ada sesetengah org boikot itu ini . Jgn pergi situ. Jgn beli itu. Jgn makan itu ini. dan sebagainya. Tapi time solat subuh ? Bangun pun idop. Apalagi berjemaah ?Letih ? Ye. Mmg. Xdinafikan. Perlahan-lahan kalau rasa susah nak jemaah subuh..jgnlaa sampai tahap tak solat langsung... Sebab tu senang kita analogikan. 

Betapa mudahnya kita nak bakar bendera yahudi tetapi sukar kita menguak selimut untuk solat subuh.Refleksi diri kita balik.

Waktu subuh paling barakah. Sayang,kalau waktu ni kita tak manfaatkan. SOlat subuh ada kelebihan.Sebab tu detik solat subuh sering digunakan oleh Rasulullah untuk memulakan sesuatu perkara/. Sebagai contohnya, Waktu perang Badar, baginda mulakan peperangan selepas solat subuh. Tradisi ini diikuti oleh sorang sahabat(xingat nama)..tapi dia pernah join perang dengan rasulullah.
Satu hari..waktu nak perang. Musuh-musuh dah ada depan mata. Tentera pakat tanya.
"Kenapa tak mulakan peperangan lagi? Sedangkan pada waktu ini adalah waktu yang tepat untuk serang."
Beliau membalas.
"Tunggu. Kerana aku biasa perang dengan Rasulullah lepas detik ini(lepas subuh)"

Kalau kitatengok kat Malaysia mostly,.. waktu subuh ni org tido lagi..nyenyak lagi.. 
Masih dianyam mimpi enak.Keadaan ini berbeza dengan non-muslim.
Pernah ada kajian..org Malaysia kalau tak silap dia stay kat Amerika.Berdasarkan pemerhatian dia,
dia tengok org kristian,ateis dah bangun time subuh..buat diorang punya keje. Org kristian sanggup bangun dan bawa anjing peliharaan diorang jalan2 waktu pagi,waktu segar.Tapi kita? Sayang pada Allah tapi kita buat apa ? Tidur sedap-sedap sampai meleleh air liur jadi peta dunia kat bantal ? Itu ke tanda kita sayang padaNya? Atau hanya terlafaz di bibir sahaja perkataan sayang dan cinta tu ? Refleks balik.

Maaf dikatakan. Bukan nak provokasi atau apa je. 
Org Islam ni kesihatan rohani pun tak jaga..fizikal pun tak. Ok. Kalau kita lihat Org bukan islam..dia mmgxpegi masjid tapi dia jaga fizikal dia..dia exercise itu ini..yoga itu ini.. Ini kita ? Well you know? Obesity laa .. Makan itu ini.Xsmpai nasi tu turun ke perut,proses semua dah makan benda lain. MAcamana tu ?? Dua-dua pun tidak dijaga ?

Mengikut ahli psik0logi. 10 minit awal menentukan keceriaan dan kcemerlangan kita pada hari itu. Oleh itu  10 minit terawal sebaik sahaja mata kita terbukan ,kita kena pandang baik,cakap,lihat benda yg baik..jadi automatik in shaa Allah  hari tu akann jadi hari yang baik dalam hidup kita.. Ia mmg diamalkan oleh non muslim. .Org Muslim je yang terlindung dari tahu benda ni, I guess. Kdg2 kalau kita rasa something not right on that day ..rasa cam down jee. Malas jee. Check balik . Apa yg kita buat waktu kita bangun tidur ? Tengok whatsaap? 

Kalaulah kita betul menjadi org islam yg betul2 mempraktikan Islam..10 minit yang awal tu takde masalah.Org Kedah cakap "senang cam kacang goreng je"..( walaupuun aku tahu sebenaarnya nak goreng kacang susah jugak.)Let's look back.Once kita bangun dari tidur kita baca apa ?Baca doa kan . Lepastu ? Kita berjalan pergi ambil wudhu. Kemudian solat and berdoa.Bukankah 10 minit tu senang je kita nak control sebenarnya.Dah selesai 10 minit kita dengan benda baik kan ?Hok lagi baguih baca Quraan pulok lepas solat. MasyaAllah. Berganda pahala dia. Barakah hidup dia hari itu.In SHaa Allah. Simple kan sesimple SIMPLYSITI(apa kena pulok dgn jenama ni) je kita nak grab 10 minit terawal tu. *Iklanentahpape*

Dah grab 10 minit terawal tu jangan tidur pulok lepas tu. Amboiii.. sedapnya mu tidur..Even though kdg2 wani sendri pun tertidur jugak. Tapi beza ok. Wani baca buku kemudian TER-tidur...Ada sesetengah orang..lepas habis ja solat dia dah set niat dah ..
..
" Aku nak tidur laa lepas ni..sedap nih.time hujan-hujan pulak.Rugi nih"

Pastu dia pun lompatlah atas katil and sleep like a sleeping beauty who just waiting a prince came and kiss her*maaf ada tokok tambah..haha*

Tapi kalau letih sgt. Nak buat camne kan ? Tapi sebaiknya jgn tidurlah lepas Subuh. Commonly they said, tidur lepas subuh akan melemahkan badan. 
Apapun..ingat mulakan hari anda dengan mukadimah yang baik. nescaya and in shaa Allah keseluruhan hari itu akan dirasakan baik(lancar). JIka ada info/perkongsian bersama silakan komen . Jika ada yang salah.Boleh tegur. Sama-sama kita belajar dari kesilapan.Sama-sama kita mengenal erti kesilapan.

That's all perkongsian ilmu pada harini .

(17.08.2014-SABTU)
\


The Capacity To Learn Is A Gift , The Ability To Learn Is A Skill , The Willingness To Learn Is A Choice

 
Copyright © . All Right Reserved by Nur Sharwani