Okay ni antara bisnes yang pernah aku jalankan satu ketika dahulu ketika darah masih panas ( sekarang menggelegak ) haha.
1. BISNES LENS // CONTACT LENS
Bisnes ni aku buat masa aku Form 2 or Form 3 begitulah Aku approach akak ni 13/12/2011 ( sebab aku check balik mesej mesej aku ngan dia ) . Kau tahu , harga lens dulu aku jual RM30-45 mengikut jenis edisi dia la . Kan ada yang barbie la , puffy la . *dasyat aku masih ingat
Aku tak pegang ready stock pun . Supplier aku nama dia sis MIRA. Aku ingat lagi hehe. Sebab aku ingat la, sebab banyak gak item dia aku jual . Tapi paling terkesan, lens la.Kalau sekarang , disebabkan org ramai akat buang harga , harga lens pun murah sangat sampai aku pun ragu-ragu . Tak bahaya ke ? Yelah murah sgt sekarang . RM10 pun boleh dapat sepasang dah tau ! Terbayang aku berapa la harga modal seller . Murah yakmat . Bahayanyaa..Kalau open dropship lens skrg pun , berapa sangatlah untung korang leh dapat dari harga buang zaman sekarang ni ? Kesian kan . Huhu.
2. BISNES CAMERA AIR
Okay. Kamera air ni femes gila waktu zaman 2011 dulu . Kamera ni orang pakai untuk tangkap picture lam air. Ye waterproff. Aku takde pegang pun stok. Ambik kat supplier je. Time aku , jual dalam RM89+ . Untung sedap gaklah time aku dulu . Sekarang aku rasa market price dh naik kut ? lagipun orang tak pakai dah kamera ni. Org pakai DSLR la hehe.
3.BISNES TUDUNG
Itu antara contohnya la . Bukan dari google tau . Kalau kau tengok nampak cam lapuk kan design tu / aku time tengah taip ni pun tak habis hairan macamanalah aku boleh terpeikir jual benda tu.. Lapuk gilee ( kalau pandangan skrg la ) .. tapi dulu femes gilaa tau. Asyik habis je shawl-shawl 'lapok' tu . Pastu inner neck , inner anti tembam la semua femes time Disember 2011 tuu. Lakuu weyhh. Aku tak pegang stok pun. Siapa ingat time viral tudung bawal sequin la shawl sequin la ...yg lip lap kat keliling tudungg tuu..Haa tu pun aku jual time tuu. Haha lawak pulak rasa bila ingat balik.Satin and pashmin shawl pun aku jual dulu , RM26 ku aku jual . Sehelai . Kalau ikut hrg sekarang , mmg harga aku tu nampak mahal haha. Dulu femes tudung satin . Laku weyhh. Skrg kalau jual RM26 krik krik la .. Tu hrg include postage dah tau. haha Lagi satu bawal yg 2 tone , 3-tone .. Tu pun femes time tu , aku jual.
4. BISNES TASBIH DIGITAL
Whoaaa bisnes ni boleh tahan letopp gak . Tasbih digital . Femes time aku tingktan 2-3 lagi .. Wooo. Dah lebih kurang 7 tahun lalu , sekrang pun ada nampak org jual . Tasbih ni untuk org mudah nak berzikir. Dia senang nak tekan @ kira bilangan wirid ke zikir ke apa. Sekarang ya ampun , hrg berani mati sgt . Murah sangat sekarang kan . Aku jual time ni RM22 including postage . Alhamdulillah bolehla sale.
5. BISNES KRAFTANGAN
Ni adalah bisnes paling aku suka dulu . Start masa Disember 2011 . Aku takdelah berbakat . tapi aku belajar . Then akubuat aku jual . Aku siap jual lump sum lagi ( siap kotak) khas kepada pemborong . Alhamdulillah laku weyh . Harga aku jual RM1-2 depends on kuantiti and design etc. Yang aku letak pic atas ni terlampau simple la hehe. Tapi susah gaklah buat . Bukan susah , renyah haha.. Yes ! aku buat semua ni sendiri ! Kadang mak aku tolong la jugak haha. Minta tolong dia gunting kain bg kecik-kecik ( dia sgt teliti orgnya ) haha.
Kalau cakap bab kraf , aku bukan je buat brooch . Mainly aku juga buat keychain ( dulu femes domokun ) so kalau sis tu minta aku buat domokun 30 bijik , aku pun buatlah . Kalau dia minta angrybird , aku buatlah . Kalau dia minta keychain (nama ) , aku buatlah . tapi serius arh , keychain kartun susah weyhh. Kena lukis mata , gunting pastu jahit pulak..rabun terukk gituu.
Harga ? Range dlm rm3 keatas la depends kuantiti and design. Tempat cover pendrive pun aku wat , pouch ,pencil case handmade , etc . Semua aku buat sendiri okay. Lukis, Gunting dan Jahit !
Aku siap buat plastik, print label simple lagi lekat kat plastik bubuh brooch ni ..Bru nampak styloo. Haha...
Time ni dulu , pengeposan hanya dibuat menggunakan pos eksress (rm3.5) sebab murah kan hehe.. Skrg mahal kut ...Pos ekspress yg rm4.5 tu pun susah bbeno nk jumpa skrg haha. Cara pembyarn pulak adlah kiriman wang pos. Hahaaaaahahahaha. Hat tu paling aku takleh tahan weyhhh bila aku throwbackk ! Konfirm hangpa pun taktau aa tu kiriman wang pos ??
Yelah dulu mana aku ada bank sendiri ( online) ? So customer bayar melalui wang pos jelah . Lawakkk la hg ni wani oi !
BISNES SETERUSNYA ?
Nantikan.......
2 00 orang setuju:
hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
sincerely , farahain zfa
I am regular visitor, how are you everybody? This paragraph
posted at this web page is really nice.
Post a Comment