D.E.Y.A.W.A.N.N.Y Deyawanny.: February 2018



Thursday, 8 February 2018

PENGALAMAN BERBISNES DARI ZAMAN DAHULU KALA


Okay ni antara bisnes yang pernah aku jalankan satu ketika dahulu ketika darah masih panas ( sekarang menggelegak ) haha.

1. BISNES LENS // CONTACT LENS



Bisnes ni aku buat masa aku Form 2 or Form 3 begitulah  Aku approach akak ni 13/12/2011 ( sebab aku check balik mesej mesej aku ngan dia ) . Kau tahu , harga lens dulu aku jual RM30-45 mengikut jenis edisi dia la . Kan ada yang barbie la , puffy la . *dasyat aku masih ingat
Aku tak pegang ready stock pun . Supplier aku nama dia sis MIRA. Aku ingat lagi hehe. Sebab aku ingat la, sebab banyak gak item dia aku jual . Tapi paling terkesan, lens la.Kalau sekarang , disebabkan org ramai akat buang harga , harga lens pun murah sangat sampai aku pun ragu-ragu . Tak bahaya ke ? Yelah murah sgt sekarang . RM10 pun boleh dapat sepasang dah tau ! Terbayang aku berapa la harga modal seller . Murah yakmat . Bahayanyaa..Kalau open dropship lens skrg pun , berapa sangatlah untung korang leh dapat dari harga buang zaman sekarang ni ? Kesian kan . Huhu.


2. BISNES CAMERA AIR

No automatic alt text available.

Okay. Kamera air ni femes gila waktu zaman 2011 dulu . Kamera ni orang pakai untuk tangkap picture lam air. Ye waterproff. Aku takde pegang pun stok. Ambik kat supplier je. Time aku , jual dalam RM89+ . Untung sedap gaklah time aku dulu . Sekarang aku rasa market price dh naik kut ? lagipun orang tak pakai dah kamera ni. Org pakai DSLR la hehe.


3.BISNES TUDUNG 

No automatic alt text available.No automatic alt text available.No automatic alt text available.

Itu antara contohnya la . Bukan dari google tau .  Kalau kau tengok nampak cam lapuk kan design tu / aku time tengah taip ni pun tak habis hairan macamanalah aku boleh terpeikir jual benda tu.. Lapuk gilee ( kalau pandangan skrg la ) .. tapi dulu femes gilaa tau. Asyik habis je shawl-shawl 'lapok' tu . Pastu inner neck , inner anti tembam la semua femes time Disember 2011 tuu. Lakuu weyhh. Aku tak pegang stok pun. Siapa ingat time viral tudung bawal sequin la shawl sequin la ...yg lip lap kat keliling tudungg tuu..Haa tu pun aku jual time tuu. Haha lawak pulak rasa bila ingat balik.Satin and pashmin shawl pun aku jual dulu , RM26 ku aku jual . Sehelai . Kalau ikut hrg sekarang , mmg harga aku tu nampak mahal haha. Dulu femes tudung satin . Laku weyhh. Skrg kalau jual RM26 krik krik la .. Tu hrg include postage dah tau. haha Lagi satu bawal yg 2 tone , 3-tone .. Tu pun femes time tu , aku jual.


4. BISNES TASBIH DIGITAL

No automatic alt text available.

Whoaaa bisnes ni boleh tahan letopp gak . Tasbih digital . Femes time aku tingktan 2-3 lagi .. Wooo. Dah lebih kurang 7 tahun lalu , sekrang pun ada nampak org jual . Tasbih ni untuk org mudah nak berzikir. Dia senang nak tekan @ kira bilangan wirid ke zikir ke apa. Sekarang ya ampun , hrg berani mati sgt . Murah sangat sekarang kan . Aku jual time ni RM22 including postage . Alhamdulillah bolehla sale. 


5. BISNES KRAFTANGAN 

No automatic alt text available.No automatic alt text available.

Ni adalah bisnes paling aku suka dulu . Start masa Disember 2011 . Aku takdelah berbakat . tapi aku belajar . Then akubuat aku jual . Aku siap jual lump sum lagi ( siap kotak) khas kepada pemborong . Alhamdulillah laku weyh . Harga aku jual RM1-2 depends on kuantiti and design etc. Yang aku letak pic atas ni terlampau simple la hehe. Tapi susah gaklah buat . Bukan susah , renyah haha.. Yes ! aku buat semua ni sendiri ! Kadang mak aku tolong la jugak haha.  Minta tolong dia gunting kain bg kecik-kecik ( dia sgt teliti orgnya ) haha. 

Kalau cakap bab kraf , aku bukan je buat brooch . Mainly aku juga buat keychain ( dulu femes domokun ) so kalau sis tu minta aku buat domokun 30 bijik , aku pun buatlah . Kalau dia minta angrybird , aku buatlah . Kalau dia minta keychain (nama ) , aku buatlah . tapi serius arh , keychain kartun susah weyhh. Kena lukis mata , gunting pastu jahit pulak..rabun terukk gituu. 
Harga ? Range dlm rm3 keatas la depends kuantiti and design.  Tempat cover pendrive pun aku wat , pouch ,pencil case handmade , etc . Semua aku buat sendiri okay. Lukis, Gunting dan Jahit !
Aku siap buat plastik, print label simple lagi lekat kat plastik bubuh brooch ni ..Bru nampak styloo. Haha...
 
Time ni dulu , pengeposan hanya dibuat menggunakan pos eksress (rm3.5) sebab murah kan hehe.. Skrg mahal kut  ...Pos ekspress yg rm4.5 tu pun susah bbeno nk jumpa skrg haha. Cara pembyarn pulak adlah kiriman wang pos. Hahaaaaahahahaha. Hat tu paling aku takleh tahan weyhhh bila aku throwbackk ! Konfirm hangpa pun taktau aa tu kiriman wang pos ??

Yelah dulu mana aku ada bank sendiri ( online) ? So customer bayar melalui wang pos jelah . Lawakkk la hg ni wani oi !


BISNES SETERUSNYA ?


Nantikan.......












The Capacity To Learn Is A Gift , The Ability To Learn Is A Skill , The Willingness To Learn Is A Choice

Sunday, 4 February 2018

[ PURE BIOLOGY USM ] Pengalaman Subjek Tahun Ketiga, Semester Satu

Assalamualaikum.

Saat aku tulis ni aku tengah menikmati sisa cuti mid semester yang cuma 3 minggu je ? Huhuk .Cuti paling sedih .  Sekejap je duk rumah rasa eh dah nak balik USM dahh. 
(Tak sempat lemak i nak bersuka rayaa ) 
.
Ok tujuan aku tulis kali ni just nak share some of my subjek yang kami kena ambik masa tahun ketiga,semester satu sebagai seorang student pure biology USM,Minor in Botany .
.
Yes. Wani minor dalam botany .Korang kena pilih nak major apa waktu second semester ,second year , before exam kalau wani tak salah la. Dia ikut pointer jugak tapi mostly dia akn ikut kuota based on kelayakan la. 
Kalau dah tahun tu ramai budak minta microb ..kena pulak yang minta minor microb 99 orang ...Of course la dia akan cut dari pointer paling tinggi sehinggalah cecah limit untuk microb ( around 30 ppl) .
Yang selebihnya ..dapat minor yang kedua yg korang pilih masa 2nd year tulah. 
Wani memang letak 1st choice Botany pun . Second microb kut .Ramai tanya " Eh wani kenapa tak ambik microbiology " 

Kawan-kawanku, aku memang suka bab natang-natang microb ni tapi masalahnya kena sabar main microscope haha . Pastu aku ni takleh duduk setempat diam-diam sikit . Kau paham jelah microbiology memang keje dia dalam lab je 24hours hehe. So aku tak betah la ..haha..kebas punggung aku. 
.
Macam botany dia ada field work kat luar , melancong-lancong sambil belajar hoho. (kau tengok bawah nanti) .
 .
Untuk batch aku , yang ramai orang ambik untuk PURE adalah MICROBIOLOGY . 

Kalau korang minta MINOR A tapi dapat MINOR B macamana ??
Senang je. Pergi jelah jumpa Dekan School kita , bincang ngan dia . Nanti dia suggest la , and pertimbangkan permohonan korang . So far, ramai je yang minta tukar and diluluskan . ALhamdulillah la kan .
.
so berikut adalah subjek masa aku 3rd year,1st semester ya.


BBT309 PLANT STRUCTURE  EVOLUTION 

Untuk subjek ni , time wani adalah Dr Baha dan Dr Asyraf. Lain sidang , mungkin akan ada ganti lecturer . Macam Dr baha tu dia tak lama lagi nak pencen dah katanya .Oh ya , subjek ni adalah teras budak budak botani dan ada kuliah dan lab ( selang seminggu). Kuliah sempoi sempoi je . Buat kat bilik tutorial je time kami sebab tak ramai sangat kan. Lab senang gila , just lukis lukis and identify sikit sikit pokok time lab ( ni untuk part Dr Asyraf laa) .. Untuk lab bahagian Dr Baha pulak time kami dia ada bagi a few assignment untuk bantu carry mark kita. ( Baiknyaaa Dr Baha ) hehe.Conthnya time kami kena bawak 20 pokok and jaga dia macam anak korang sendiri . Ada markah tauu. Pastu adalah cari nama saintist/pakar botani , ada presentation group work ( campus plant) ,ada la banyak lagi. Tapi jangan risau senang je . Sebab dia sporting je .
Dr Asyraf pun best sebab dia lagi sporting haha . Chill gila, korang masuk kelas dia nanti korang taulah . Most of them , akan bagi tips untuk final exam or quic so please please pay attention .
Segala kerja dia suruh buat , BUAT dengan SEGERA dan hantarlah aawal kalau dah siap.
Macam wani, task wani yang siap awal ,wani hantar ke lecterur terus . Dr pun happy siap kata nak bagi full mark / markah lebih lagi untuk task tu.. Happynyaaa tak terkira... 
Sebab wani hantar awal semata-mata sebab taknak semakkan minda dah..Nak submit terus senang tak payah tangguh2 lagi. Tapi tak sangka dapat 'UPAH' dari Dr. 
Oh ya , untuk subjek ni , kami kena beli buku pasal nama2 plant dari singapore ..tebal macam kamus , kecik...harga lam RM89 kut..Diskaun dpt murah skit haha..
.
Untuk FINAL EXAM, focus je apa lecterer tekankan dalam kuliah dan test sebelum ni . Rata rata soalan akan keluar lebih kurang je. Kadang sebijik pun adaa.Haha.
Time exam, wani boleh jawab kesemua soalan dengan berjayanya. Alhamdulillah . Tq sesangat la kat Dr Baha dan Dr Asyraf . Ni lah subjek paling sportinggg habis semester ni !! 
. Coursework pun wani dapat A ,..in fact agak ramai dapat A. Happyy !

lupa nak cakap , untuk fieldtrip kami ke Cameron Highland !!! Yeyyy ! Best gilaa. 


BBT308 TROPICAL PLANT ECOLOGY
-
 Okey subjek ni dengar kata masih baru lagi . So buku pun takdelah .Guna slide Dr je. Time kami yang ngajar adalah Dr Salmi dan Dr Fong. Keduanya adalah Dr dari environmental department.
Dua dua ni memang pakar gilaa la..Banyak info wani dapat belajar subjek ni . Dari pokok sehinggalah ke environemntal issues.
Ternganga aku dengar dua dua Dr ni mengajar . Tak tipuu..
Dr Salmi mahir bab bab dipterocarp or low land forest manakala Dr fong expert in mangrove .
Untuk subjek ni pun kami ada field trip ..iaitu ke Matang Mangrove Forest,Perak under Dr Fong ,
Trip sehari je time kami ..tapi penuh ngan informasi.
Ada kuliah subjek ni dan ada lab. Tapi lab kita tak macam lab lain. Time lab ni kita akan buat presentation , group work , discuss, kuliah etc . So takpayah bawak lab coat ! hoho . 
Group work tu ada markah tau . 
Dalam subjek ni korang akan belajar pasal seasonality , forest-forest yang ada, forest fire, dan ala ala ekologi semua tulahhh . haha. 
Untuk final exam , kalau Dr Fong , dia ada bagi hint . Kalau siapa yang  nganga , say buybyee laa...So alert !
Untuk part Dr Salmi, dia tak bagi  tips . Tapi korang bolehlah agak part mana dia selalu tekankan time kuliah . 

Itu cara wani la , sebab wani perasan dia asyik tekan pasal __ je tiap kali topik mesti ada sebut __ ni ..sebabtu wani cari extra info on booklet etc untuk prepare jawab exam final. Finally , dalam final , keluar weyhhh sebijik gaklah . Cuma salah aku cuma satu part Dr Salmi, aku tak tengok balik quiz2 yang kami buat ! Huhu ... Terpaksa aku tinggal soalan tu . Padahal senang gila je soklan tu kalau kau boleh jawab quiz haritu . 
.
BGT301& BGT 302 PLANT PATHOLOGY
-
Untuk subjek ni, ia adalah elektif tau .. ,subjek ni  aku boleh kata inalillah gaklah .Haha. Sebab syllabus dia agak membebankan weyh ! Banyak sangat penyakit and diseased cycle kena ingat! Biul kepala dennn haa..
Subjek ni belajar pasal penyakit tumbuhan la yang disebabkan oleh virus,fungi,insects,nematodes,bacteria etc. Setiap satu tu ada pulak dia punya family and anak genus spesies sakan diaa .. Setiap tu mostly ada pulak dia punya diseased cycle . Atas 10 diseased cycle tu mmg konfirm dah haha..So study la awalawal . jgn jadi macam aku . Study last minute gak subjek ni , derita gaklah , Pening habis tertukar sana sini.
Lecterur yang mengajar adalah Dr Hawa dan Dr Nik Izham. '
best dan berpengalaman luas tau diorang ni . 
Time part Dr Hawa, adalah bbeberapa pop quiz dia buat hahaaaa.. pastu presentation sikit. 
 Time lab , takdelah susah mana tapi yang tak bestnya cuma lab dia ramai gila student ambik.. dalam 65+ student . Satu group ada dalam 9 orang . Ramai kan > So tak best la sebab tak dapat nak merasa tengok microscope puas puas , cungkil sana sini . Kalau dpt yang lagak taiko ,, nasiblah kau . Kalau dapat ahli yg considerate, kau kira bertuah jugalah cuma tak puas main je time lab tu,
Time lab, Dr Nagao yang takeover . Dia dari Japan so slang tu memang ada. Tak paham tanya je lab assistant situ . GA pun ada,
.
Untuk Quiz Dr Nagao baik korang hati hati . Prepare yourself sebab aku dapat markah rendah..Majoriti ramai dapat markah rendah weyhh.. Dahlah lab plant patho ni takda final exam , so kau rasa tak betapa aku cuak bila mengenangkan berapa sagatlah gred aku leh dapat ? Haha.

Untuk subjek plant patho kuliah tu aku takdelah risau sgt .Sbb final exam dia aku leh jawab kesemuanya ! Alhamdulillah , walaupun coursework aku dpt B+ je . Huhuk.
Yg part Dr Nagao punya lab tulah aku risauuu gilaaa.

Saranan wani, untuk subejk ni buatlah MIND MAPPING . Gila sangat membantuuuu tauuu ! 
So buat ! Walaupun tak suka, buat je ! Aku pun tak suka.. 
Buat sebelum minggu exam lagi , lagi baguihh .


STU PSIKOLOGI KESIHATAN
.
Subjek minor terakhir aku ambik haha. Legaa.. Dr Intan ajar macam biasalah ..Macam hangpa tak besaaa ..Ada tutorial . Haha... Dulu masa arwah Dr Affendy ajar , takda tutorial hehe. ( Hadiahkan AL-Fatihah kepada insan pendidik hebat ini ) . Beliau pergi masa tahun tu jugak . Sakit katanya.
Time tutorial , ada presentation grou work macam psiko asas tulahh haha. 
Time kuliah , ermm macam biasalah ramai gila ponteng ... haha ..
ikut la rasionalisasi hangpa nak ponteng ka apa.
.




The Capacity To Learn Is A Gift , The Ability To Learn Is A Skill , The Willingness To Learn Is A Choice

ASEAN YOUNG ENTREPRENEUR CHALLENGE 2017 #AYEC2017

Assalamualaikum . 
Benda ni berlaku sidang lepas tapi akubaru terasa nak share harini sebab sebelum ni blog ni aku tutup ( under maintenance ) .

So masa aku SECOND YEAR , which is tahun 2017 , rasanya masa semester 1 kut. Ramai yang balik kampung . Cuti lam 1-3 minggu kalau aku tak silap la. Aku asalnya memang nak balik tapi disebabkan aku dengar pasal AYEC 2017 dari member . Buat aku terpikir, kalau aku balik, apa je aku leh buat ? Baik aku join ni . Dapat pengalaman . Asalnya aku satu team dengan IRDINA. Tapi dah dia ada task lain kena settle . So aku terpaksa bergandingan ngan orang lain . Ye awaklah makcik ! 
Terima kasihlah sudi menggantikan tempat Irdina, dapat juga kita merasa masuk AYEC . Hoho.
Lupa nak cakap, satu team dua orang je ahli . Setiap universiti boleh hantar berapa banyak team pun . Alhamdulillah USM sponsor kita pergi sana , join AYEC. Mahal woo yuran penyertaan dia ...( maklumlah peringkat asean hehe ) .. So USM hantar 2 team la termasuk team aku . Lagi satu team, akak senior hehe .. Kak Mira and Kak Tasya . You guys are so sportingg ! Haha walaupun baru kenal tapi rapatlah jugak kita kan . Haha.

AYEC ni melibatkan student student dari negara asean . masa time kami join, antara negara yang menyertai adalah Myanmar, Indonesia,Brunei,Vietnam etc termasuklah universiti tempatan yang lain macam UUM , UMP,USM,UPSI,UTEM,UM, etc. Hebat hebat korang semua . 

So pertandingan berkisar pasal entrepreneur la macam namanya . Aku pun bukan terror macam hangpa haha. Tapi aktiviti sepanjang pertandingan ni memang agak tough . Haha . ( mesti ada AJK AYEC tengah baca blog aku ni ) . Pening kepala migrain takpayah cakaplah haha. Setiap malam kami kena present TASK kami yang dah settle belah siang tadi . Kena siapkan TASK-TASK bagi EACH CHAPTER. Setiap chapter adalah beberapa task dia . 
Ada kena jual minyak wangi la ..secara OFFLINE okayyy ! Tanpa info diberikan . So kena guna kepala otak kau untuk lariskan benda tu . Pastu ada yang dia bagi modal kat kita , suruh beli apa apa untuk dijual and make profit from that .. Profit tu nanti last last kita juga yang dapat ya. 
CUma nak lariskan jualan tu susah sikitlah .. Dah orang pandang kita semacam ' budak celah mana datang ni pakai baju hijau shocking ..." 
Haha. Time tu , kami jual AISKRIM je ka BANGI CENTRAL and sekitar TASIK CEMPAKA. Modal kami ciput gile ( sebab kami pandai deal part tu ) , untung boleh tahan la tapi takdelah nak tinggi mana .. CUma kalau masa diberi panjang , in shaa Allah, kepuk kepuk untung . 
Tebalkan muka jelah weyh time jual tu . 

Pengalaman paling aku takleh lupa , PAKCIK GUARD kat BANGI CENTRAL tu usya kami semacam ja . Duk tunggu depan pintu , takmau bagi kami masuk dalam jual * cehhh*

Bukan aku nak jual kat belah dalam pun , jual kat luar je pun . Guard tu orang asing ..bukan orang kita ,,,Tapi hat paling aku tak tahan , budak team aku ni boleh dia pi jual kat guard sorang ni ... sebab kami taktau pun dia guard haha... dia tanyalah team mate aku ni macam-macam ..dari mna..apa benda ni bla bla... at last baru kita tau dia ada kaitan ngan guard lagi sorang tuuu.. Waduhhh silap la hang pi promote kat dia hahahahahaha..... 

Aku rasa macam kena 'dera' haha sepanjang event ni ..tapi bestlah sebab pengalaman kan..ada part marketing la etc.. Belah pagi and siang ada je task-task siapkan...malam pulak kena present depan semua peserta,ajk,juri ..cadangan, kena bantaiii, kena provoke semua kena aih . Awal awal tu neveslah jugak haha sebab english kan dah semua negara asean ada gak .. tapi lama lama muak dah aku rasa nak kena pi depan kat pentas and bentang semua tuu.. Hahaaa..

Hari last , korang dapat jenjalan sekitar KL !! Aku pi jalan TAR , murah bakhangg... meleleh air liuqq.. Haha..Kain murah, tudung murahh . Dalam siapkan task pun , kami dipecahkan kepada dua group. Satu grou yang pergi Negeri Sembilan ( buat pasal canting batik kut ) ... lagi satu group pergi kat johor ( bljr psl homestay ) ..Aku dapat ke Johor .Kebetulan aku dapat homestay yang paling terbaik kat kampung sugil tu . Rumah berkayu tau, Cantik dalam diaa . Ramah tamah makcik tu . Aku duk dengan budak UMP sorang dan lagi satu ngn budak Vietnam ( T- nama dia) . Pastu sembang sembang la ngan mak angkat kami tu . Tanya dia, rupanya semalam hanya RM80 je bayar untuk homestay kat kampung ni ! Murah la tu . Selesa gila kut . Macam bilik pengantin ..Ada aircond lagi rumah kami dapat tu. 
Mak angkat kami cakap , nanti nak mai , datang je ,,FREE je .. Hahaa... Best kan . Tapi cadangan kpd AYEC , lain kali boleh wat penambahan masa kat sini ..supaya lebih lama dan adakan aktiviti yang mengekalkan jejak kita kat sana .. Yang membawa impak kat kampung depa ( supaya depa ingat kita sentiasa) ..lebih lanjut kena pm tepilah ..huhu banyak nak cakap sebenarnya.

MAKAN ? Toksah cakaplah bab makan, terlbih cukup . Aku naik gemokk debab dah hasil bermaustatin di UKM haritu. Sebab asyik makan ayam hehe . Kalau boleh nanti, AJK AYEC , ubahlah ye . Aku kalau telur setiap hari takpe, jgn ayam tiap hari . Hehe.
Tapi ,memang sedap la rasa kuah semua tu.  Kat Johor lagilah , semua lauk ada ..ikan, sayur, telur, siap kupas buah lagi bg kami makan ..Haha... ala ala program angkat la.
Kampung Sugil kat Johor tu memang best sebab dmai je , dan dekat ngan Gunung Ledang .. Haha .. Gunung lejenn woo.. Kami sempat gi sana ...tapi bahagian rekreasi je ..yang bahagian dalam cita Hang Tuah and Puteri G.Ledang tu kat bahagian satu lagi . Sempat la kami basah basah sikit kat sana, beli ole ole sikit haha..
 
.
Yangbestnya, dapat bertukar budaya and pandangan la ngan budak budak asean. Kitaorg pun still connected to each other . 

Nah berikut aku sajikan gambar gambar yang akan buatkan korang muntah haha..
Oh ya , event ni berlangsung selama seminggu . 

 ( GAMBAR AKU UPLOAD NANTI SEBAB TEKNIKAL PROBLEM SIKIT )
 

The Capacity To Learn Is A Gift , The Ability To Learn Is A Skill , The Willingness To Learn Is A Choice

[ PURE BIOLOGY USM ] Pengalaman Subjek Tahun Kedua

Assalamualaikum .Disebabkan ada junior school wani yang tanya tips-tips dari wani ,maka wani buatlah post pasal ni . Tak larat nak ulang setiap kali junior tanya haha so wani buatlah post ni .Senang campak je link ni , hadamlah korang . Tapi some part wani tak berapa ingat ya ( almaklumlah sudah berstatus hakak hoho) so sorrylah kalau tak berapa membantu.

Okey , masa Tahun kedua ni kira chill la dari first year . Yeah with those calculus ,mak beranak kimia ganik-ganoknya haha. Bg aku time second year ni lah masa korang nak ' shinning' back if korang tenggelam masa 1st year ( macam wani) . Haha.

So masa second year , berikut adalah subjek yang wani ambik. Setiap orang mungkin berbeza sebab ada yang lepasan diploma , ada yg berminorkan subjek lain . So mungkin differ sikitlah. Some mungkin sama.

TAHUN KEDUA, SEMESTER SATU , (PURE BIOLOGY)

BIOSTATISTIK.


For the most part , I really like  this subject although sometime aku rasa nak cekik org sebelah,haha. Kadang-kadang je jadi tak berapa betul sebab nak selesaikan soalan.hehe. Most of it , it fun okayh. Ada tutorial . During tutorial la korang akan mengasah skill kefahaman korang masa lecturer tengah bercerita waktu kuliah sebelum ni. Most of it , waktu kuliah tak paham apepun , masuk tutor really helpful you know. Rugi giler sapa ponteng tutor/dtg lambat. Serius.95% wani paham adalah dari sesi tutorial.
.
Waktu tutor la diorang  akan ajar korang tips/teknik/ tanya soklan if tak paham. Mula2 dulu mmg aku agak benci sikit subjek ni sebab ngantuk time kuliah…tak berapa aham…Paham paham jelah, subjek ni bukan boleh cakap banyak , dia kena hands onn. Korang kena berlatih supaya cekap selesaikan soalan apa dia nak ,  Once korang paham rentak dia , senang sahaja nak skor .

 Kalau Korang tak paham soklan atau ragu-ragu , benda ni akan ambik masa sikitlah ..Malangnya bab masa , kalau dalam exam biostatistik ,, please please ingat masa. Sebab masa suntuk. Most of it ,ramai yang mengeluh masa tak cukup habiskan soklan . Including me.haha. I'm still remember ! Soalan no 6 wani tak sempat pun nak jawab Pasal ANOVA dia banyak gile soalan part 6 tu Aku jadi tak keruan tengok banyaknya soalan/data dia bg tuk soalan last tu ..tu yg drag masa.sebab nak pahamkan betul-betul apa dia nak . 

So korang adikadik, make sure praktis praktis dan praktis banyak-banyak latihan beserta masa. Waktu study week ,,if possible seblum study week lagi , buat jadual hari apa study biostat . Macamana nak study biostat ?? Cari past year question .Buat ikut time . Tengok boleh habis tak dlm masa tu dan check korang stuck kat skop area mana. Kenal pasti prob u guys.before too late.

Untuk QUIZ/TEST BIOSTATISTIC , wani taknak cakap banyak ..just ulangkaji je apa lecturer tekankan . Lecturer kira baik tau , bagi hint ITU KELUAR , INI TAKYAH AMBIK TAHU .FOKUS ITU .FOKUS INI. SELALU KLUAR.Time wani dulu Sir Taufiq, baik sir tuu dan sporting.Its up to you whether you take it as serious matter or vice versa.Sebab wani tegok ramai je yang wat durd masa tutor bagi macam hint..Mungkin korang tak perasan kut yang tu sebenarnya hint dia... Ada yg sembang..Ada yg ingat tu sekadar ‘talk’ biasa . ( wani memang suka interpret apa lecturer cakap) haha.Siapa kenal aku dia tahulah, biasa kalau lecturer tengah cakap kat depan,kawan tanya pun aku kadang tak perasan atau aku 'shuhh' kan dia haha.. Aku kata nanti lepas kuliah atau time dia stop baru hang tanya aku. Sorrylah kawan-kawan aku yang terlibat temasuklah time matrik.

FOR FINAL EXAM BIOSTATISTIC TIPS , just fokus on what your lecturer has been talk about. Time wani , memang lecturer bagi mcm hint soalan begitu begini kluar ke tak …not direct la.. uols kena la fokus..masa wani yang ngajar kuliah is Sir Zarul .Taulah keadaan kuliah tu jadi camna, tapi ngantuk camna pun, telinga buka juga sikit tauu.

Time tutor lagilah , tips bnyak sgt..tutor wani dulu Sir Taufiq. sangat memahami ..sangat sporting ..best sangat. Tq sir ! Tak paham tanya je ….sir pun bukan makan org .hehe. Baik lg .Oh ya , tips plg penting waktu final is , BACA SOALAN EXAM BAIK2 . 
Baca dari coverpage lagi tauu…atas-atas soklan baca sedetailnyaa…
 Tau sebab apaa ??? sebab time wani exam paper ni , ada satu benda ajaib pelik berlaku .mmg rare ! , Ada arahan special kat paper tu yg most of us tak perasaan , OMG ! 
Thats why , soalan no 1 wani tak jawab pun time tu ( selalunya kan kita diberi pilihan tapi  masa kitaorg , soalan 1 wajib jawab ) .Walhal kat coverpage depan sekali kata boleh pilih soalan . Takde pun kata 1 wajib jawab. Dehh.Dahlah soalan 1 tu tanya pasal MEANING je banyak . Aku ingat lagi . Sebab aku buat durd je apa prof zarul bagi hint tu .Sebab aku rasa macam mustahil je dia nak keluarkan soalan tu. Hurmm.Padanlah muka kau wani . Orang dah bagi hint , kau abaikan sangat.

Ada lagi tips , tapi tak larat nak tulis , haha.ni pun dah panjang kut.
Alhamdulillah , wani berjaya dapat A minus untuk subjek ni.Okeylah kan . Actually tak sangka pun dapat A minus , kita target dapat C pun jadilah , taknak repeat. Tapi tup tup,alhamdulillah. Sebab yelah, soalan no 1 aku tak jawab dah berapa puloh dah hilang . Soalan no 6 pun aku tak jawab (soalan anova yg pnjg gila nak matey dia punya data) . Soalan no 6 tu takdelah susah . Yang jadi susah tu sebab time aku sampai kat soalan no 6 (ingat nak buatlah) ...tengok masa dah singkat ..pastu aku tengok data banyak gilaa..smpi 3page+ kut data saja. Jadi gelabah doh. Cramp otak aku . Taktau nak start mana. So last-last tak terjawablah no 6 tu. Mungkin 1 percent je aku sempat (kira-kira bodo gitu) . 
Tapi soalan yang lain yang aku dah jawab tu , memang aku confident sikitlah sebab senang and aku paham soalan tu dia nak kita guna methode apa.( selamat kat situlah kut).
sebab tu aku tegaskan , JAGA MASA , PRAKTIS MASA masa wat ulangkaji.



General microbiology


Orite, Ni subjek yang betul terasa keasliansebagai seorang pelajar biologi.
Belajar lebih kurang macam matriks ..ada belajar psl gram positive negative , anoxygenic organism,oxygenic, algae, photosystem , photorespiration etc . Time ni lah , korang kena score sebaik mungkin . Well , bendaa dh belajaq dh pun . Even form 5 pun ade dh part of it sudah belajar dh.
Lab pun biasa2 je . Takdelah hard pun . kena cekal je,haha.Paham kut . Hoho.
Time ni , ada 3 ke 4 lecturer yg ngajar subjek ni …seingat wani prof nazalan , dr nethia etc.
Well , tenaga pngajar kita best tauu..Bnyk info dpt ,,,pandai and  genius gileee otak prof/Dr ajar kita ni. Serius , enjoyy sgtt . Kdg2 je ngantuk2 hehe.Sebab selalu petang kan dan tengahari time perut lapar.

Lab report please buat sendiri ..jgn tiru ngn kawan. nak discuss bole makesure ayat sendirian berhad, takyah copy paste macamlah kawan hang tu genius sgt..dia pun main hentam copy google jep. 
Most of lecturer yg tick lab report korang tu tak suka org yg meniru ( copy cat) . yelahh .. mana nak paham kalau copy cmtu ?? Nanti terbawak time keje katanya
Wani dulu wat sendiri je lab report .Bukan nak berlagak , tapi memang betul , bab lab report wani usaha sendiri je .  Google can just assist je . Buku pun ade..grab it and know that topic better thru the book. Tnya assistant lab kenapa itu ini sebab berguna sgt nnt ,I mean it okayy.
Benda tu korang akan guna dlm lab report / wktu keje nanti. Lab report wani ,paling nak tanya pun wani jenis tanya direct kat lecturer atau wani tanya member satu group kenapa itu dan tanya kepastian sama ada apa wani pikir tu betul . Takdelah nak minta ' weyh, nak tengok discussion hang jap ' ,,,belum pernah lagi aku camni.Haha.
.
For this subject , wani dapat biasa je ..A ke  A minus entah .


Lsp402

Ok. Ni subjek english peringkat terakhir . So bertabahlah. Dalam ni nanti akan ada oral presentation … ada job interview.
So korang present .cakap depan kawan kelas korang . wani buat talk session pasal BRAIN AND ITS PSYCH ..something like that laa. . siap bg hadiah duit lagi kat audience .Okay,cerita dia macamni, aku mintaklah sesiapa nak jadi volunteer datang ke depan. Semua macam pandang satu sama lain . Sampailah Kett, budak school aku , datang depan . Thats why dia yang dapat hadiah tu. Dia pun ingat aku memain sampai nak pulangkan balik hadiah tu .. Tapi dah aku kata nak bagi , so i really mean it. Tulah yang lain sapa suruh taknak bangkit datang depan . Melepas kome.Kawan sebelah aku and rapat ngan aku pun aku tak gitau diorang plan presentation aku tu camna. ( bebal la diorang tak citer kata nak bagi hadiah tutt) .

Aku siap suruh member rekod lagi dari belakang . Thanks ya. Sebab aku nak tengok camna ghupa aku present time tu sebab dia memerlukan 'feel' sikit oral aku.Aku siap tanya lagi kawan aku situ, macamana present aku( aku nak tahu feedback ) ..kembang aku diorang cakap best,bagus, macam lenturer diorang cakap . Haha ...
 Terima kasihlah yang menumpukan perhatian time aku berceloteh kat depan ...Sayang hangpa...wani tgok markah presentation wani agak tinggi mgkin ranking 5 teratas .berbanding yang lain tp mgkin mai dkt exam wani tak berapa performm. huhu..so lacking disitu. My English is not so good. Haha..

Tme exam , wani tak sukaalahh  sbb kena tulis essay which involve grammar ,ayoyo.Dhlah nak kena ligan masa , Fikir idea lagi , Grammar tak fikir langsung daa,,trust me.
Subjek ni wani dpt B+ kalau tak salah . Huhu..nasib baik subjek ni 2 unit je dan yg terakhir ..haha.


SHE ( ETHNIC...)

Ni subjek ala ala sejarah tu .belajar pasal tamadun..asal agama iu ini ….dinasti itu ini.. zaman tu ini..
For me , ni adalah subjek yg senang skor, rugi kalau buat sambil lewa. Ada coursework ,,which is team project .Kena wat video pendek . Time ni klu mmber grup jenis sakai curi tulang  mmg penat gakklahh,kena ada ketua yang tegas .Kalau ketua tak tegas, korang tegaskan je ..sebab ni markah group. Biar la orang kata kau batak ke batu ke apa.. Buat video ni ramai yg wat sambil lewa , tu yg markah sikit, ada gak orang yang wat last minute malam terakhir sblom nk hntr pagi esok tuu..gilee laa…end up ,markah keje kursus korang suam suam jelah hehe. Ramai gak buat camni .
Jadi korang nak aktif kok , kejar mycsd takpa …kejarlahh selagi ada 2 kaki ,but please tanggung jawab jgn lupa,,,bahagi masaa…kalau rasa tak reti bahagi masa , takyah gatai nak join psatuan yg aktif pstu berlagak mcm presiden sedangkan keje wajib dia as student letak tepi .abaikan. Gi mana tu??
Wani ckp bdasarkn pemerhatian and pengalaman .Alhamdulillah although team mate kami ada masalah  sikit , tp masalah bjaya selesai gak .video siap pd masanya.Penat lelah gila buat benda tu punya nak bagi elok lawa segak . Pentingnya rasional dan toleransi dalam group. Takleh asyik tolerate je tapi rasionalnya tiada.

Coursework kitaorg dpt A minus kalau tak salah , yg pasti A la , Tak sia sia kami stay up siapkan sesama.Yg dapat A dari beratus tudent yg ambik tu tak ramai ppun…boleh kira ngn jari .
Yg A minus pun tak ramai pun ..bnyak B lagi ,,,dan c ….d pun ade je .haha.

Untuk final exam tips , wani khatam mcm novel buku etnik biru tu , alaa baca sesaja je  bukan nak hafal pun,,,smbil tgggu waktu makan ke sambil lentang2 atas katil ( buruk kan perangai ) ,  But make sure , slides lecturer korang khatam dulu yerr…situ lebih penting . And then wani ulangkaji koleksi soalan2 SHE dari batch2 sblom ni. And from my view soalan lebih kurg sama je..pusing  kanan jumpa kiri balik… wlupun beratus ratus soalan ade dlm tu ..khatam jelah . time ulangkaji koleksi soalan tu lah , korang boleh test skil ke khataman buku/lectre notes lect korang baca sebelum ni .hehehe. 

Soalan objektif ye anak2 ,,ada 120 mcq time exam nnt…
Penat oo nak jawabnyaa..haha.Risko tinggi untuk markah exam drop . Yelah objektif.

Oh ye time kuliah subjek ni mmg agak ngantuk.LUMRAH sbb kitaorg dulu wat kat DTSP , Peghhh nikmat gilerr kerusi and aircond dia…Awal2 korg bolehlah teruja ramai dtg kuliah ..lma kelamaan habuk je yg datang ,,,, mmg nampak kosong dtsp tu ,,,rmi tak dtg sebab attendace bukannya ambik pun… Hehe ..tu atas kefahaman diri sndri la nk berjaya ke tidak. TAPI , jgn LUPA SAYANGLA kalau lecturer bg TIPS EXAM nnt .hehe… Serius mmg rugi .. bnyak gile tips2 ,,soalan2 tips wani dpt time org lain x dtg .. jgn share ngn kengkawan yg sengaja malas dtg tu….kalau diorg sakit takpelah ,,bntu diorg ..
Thts my prinsip, Sapa nak bjaya kena usaha lebih . NO PAIN NO GAIN.
Dan mmg btul , soalan tu kluar exam .gilee seronok.
Wani dpt A  ke A minus  ntah dalam subjek ni . Kalau kawan korang ajak ponteng , time tulah korang diuji . Haha. Aku pilih untuk abaikan dia. Nerd ? Ada aku kisah ? Janji aku dapat apa aku target . Dahlah aku bayar yuran, senang senang je ke nak bazirkan duit tu..



STU241 ( BASIC IN PSYCHOLOGY) - MINOR SUBJECT

Okey ni subjek minor wani yang pertama. Sebab time batch kami , minor boleh ambik start tahun kedua je . Time korang sekarang, tahun 1 dah boleh ambik minor (untungnyaaa kan korang ) . Lecterer Dr Hashimah . Best memang best . Tapi kadang semak gak sebab banyak sangat input . Nama un Basic kan ,,memang banyaklah. Belajar dari semua aspek ( kesihatan , kaunseling etc ) .. Beliau jenis tak bagi hint pun . So ramai yang tak hadir kuliah dia petang petang tu ( 3-5 pm) . Hari pertama kuliah je aku rasa macam tin sardin , lepas dari tu , boleh kira ngan jari ja berapa yang mai tiap kali kuliah . Haha ..sebab nota dia pun memang lengkap dan diupload ke elearn so mudahlah bg diorang yang tak mai tu. Attendance pun memang tak ambik. Tapi, aku hadir fully okay . Haha . Baik kan . Bukan apa, aku rasa macam kena mai jugak sebab yelah mesti akan ada part yang kita tak paham punya bila baca sendirian berhad nanti. Lagi satu sebab keberkatan la. Walaupun aku kadang ngantuk ya amat , sampai Apnesia aku dibuatnya .. Haha.. Tapi aku bukan sengaja tidur okay. Ter-tidur.Yelah petang , kul 3 , dalam kelas aircond ..kelas yg besar tapi sunyi .. siapa tak ngantuk tu sebab main phone la ( macam aku buat jgk kadang-kadang ) ...

SUBJEK LAIN - KO-K 

Aku ambik Ko-K silat . Ada level 100,200, 300. Aku sempat level 200 je. Alhamdulillah banyak ilmu belajar dalam seni pertahankan diri ni. Fyi, aku takda pun basic silat atau taekwondo ke apa . Memang senang . Kena cekal je . Rajin datang kelas praktis. Ada exam teori and praktikal . Dont wory to much about that . Tenaga pengajar pun banyak membantu kita untuk lulus dengan cemerlang .. Yelah Ko-k anatara subjek yang dapat PUSH kita punya POINTER tau ...

Banyak kenangan aku bersama ahli ahli dalam Silat Cekak USM ni . Rindu rasanya dengan korang semua. Macam satu keluarga rasanya . Tak macam dalam persatuan lain haha... Serius. Pengalaman dalam berpersatuan un banyak aku dapat dari sini . Aku jadi Penolong Exco Tugas-Tugas Khas dulu. ( Eh , ada yang kenal and baca blog ni ? ) . Tq lah kepada EXCO dan MT yang banyak membantu aku . Sayangnya aku kat persatuan ni tak tercakap, Dari persatuan nilah , aku banyak kenal ramai member dari merata school .Sampai sekarang still bertegur. Beza oo bila aku masuk persatuan
yang lain. Walaupun kadang perit sikit rasa bila balik dari latihan , tapi berbaloi ilmu tu . Yelah sekarang macam macam boleh jadi . Korang kena prepare la mental and fizikal korang dengan dunia yg bahaya ni .

Bila sebut SILAT je mesti ada yg cop BOLEH TERBANG la , KEBAL la , etcc .. Aku pernah jugak PAKCIK ECOVAN tanya betul ke BELAJAR SILAT NI BOLEH TERBANG-TERBANG ? Hurm..Pastu aku explen la benda yang sebetulnya... Pakcikk oo pakcik...persatuan bawang manalah yang sebar benda camni . Kalau boleh terbang belajar silat ni , pakat satu USM belajar silat ni , biar servis BAS ,EKOVAN,KERETA semua takda. Semua nak ke kelas terbang je macam superman . Tak payah isi minyak kereta,start enjin , ye dokk ? Haha . Kalau nak penjelasan lebih lanjut boleh contact aku. Aku bagi nombor orang yang bertauliah yang boleh menjelaskan segala keraguan kau pasal silat . Takpayah tanya bawang-bawang kat facebook kat google ni . Terus tanya pada yang pakar, itu baru bijak ! Cerita pasal silat boleh jadi panjang , tapi aku stop jelah sini.

Oh ya , gred silat aku dapat A je sepajang aku ambik . Tak pernah lagi dapat B . Hoho . 


Kalau korang ada apa apa nak tanya , boleh je email aku atau koment sini atau whatsapp sahaja aku .



UNTUK SEMESTER 2 , KORANG KENA PM AKU . AKU BANYAK KERJA SIKIT .





Ditulis Oleh ,
DEYAWANNY
12:19 AM
5 FEBRUARI 2018


The Capacity To Learn Is A Gift , The Ability To Learn Is A Skill , The Willingness To Learn Is A Choice

 
Copyright © . All Right Reserved by Nur Sharwani