D.E.Y.A.W.A.N.N.Y Deyawanny.: PANDUAN MEMBEI RUMAH UNTUK PELABURAN LUMAYAN



Thursday 18 August 2016

PANDUAN MEMBEI RUMAH UNTUK PELABURAN LUMAYAN

Anda ada impian beli rumah sebagai aset bisnes?

 

6 Cara bagaimana anda boleh kenal pasti rumah yang patut anda beli bermula tahun depan untuk pelaburan.
PANDUAN MEMBEI RUMAH UNTUK PELABURAN LUMAYAN

Permainan membeli rumah bagi tujuan pelaburan langsung tak sama dengan membeli rumah untuk duduk sendiri.

Kita mesti tahu bagaimana untuk membeli rumah yang boleh memberikan pulangan yang tinggi bagi setiap wang pelaburan yang dikeluarkan.

Antara input yang berbaloi kita pelajari adalah daripada Tuan Saufi Karim. Beliau menggariskan 6 cara untuk tahu samada rumah yang kita nak beli itu berbaloi atau tidak untuk dijadikan sebagai aset pelaburan.


1) Kemudahan membeli barang keperluan.

Penting untuk kawasan sekitar perumahan itu mempunyai pusat beli belah. 

Apabila kawasan rumah yang kita beli itu berdekatan dengan pusat beli belah seperti Tesco, Jusco dan sebagainya, nilai rumah kita bukan saja berpotensi untuk naik dengan kadar yang cepat 
berbanding biasa.
Malah, kita juga boleh naikkan harga sewa?

Kenapa?

Kerana ia memudahkan penduduk di kawasan rumah itu membeli barang keperluan tanpa perlu bersusah payah.

2) Lebuhraya untuk individu yang bekerja.

Lebuh raya yang ada di sekeliling kawasan perumahan juga dapat membantu menaikkan nilai rumah pelaburan yang kita beli.

Khususnya bagi penyewa yang bekerja dan menggunakan lebuh raya untuk pergi ke destinasi tempat kerja.
 
 
 

3) Antara lubuk emas penyewa dan kenaikan hartanah di Malaysia.

Pernah pergi melawat mana-mana kawasan kolej atau universiti?

Perasaan atau tidak, kawasan pusat pengajian tinggi seperti ini biasanya mempunyai masalah tidak cukup rumah sewa.

Khususnya apabila muncul musim kemasukan pelajar-pelajar.
 
 

4) Menggunakan radius 30 kilometer dari kawasan perumahan.

Kata Saufi Karim,

“Teknik ini boleh dipakai sekiranya kita mahu cari rumah pelaburan di sekitar bandar besar seperti Kuala Lumpur.”

Guna formula radius 30km hingga 40km dari kawasan perumahan kita.

Ini kerana ia adalah radius yang baik untuk pelabur hartanah. Jarak ini tidak terlalu jauh sangat untuk penyewa atau pembeli menggunakan pengangkutan seperti kereta atau motor.
 

5) Untuk anda yang mahu penyewa majoriti Melayu.

Jika kita mahu melabur di kawasan yang mempunyai majoriti penduduk berbangsa Melayu (Islam), golongan seperti ini gemar untuk beli atau sewa di rumah yang berhampiran dengan:

1) Sekolah.

2) Masjid.

3) Surau.

4) Taman permainan.

Untuk poin yang pertama iaitu sekolah, ia dapat menjimatkan masa, tenaga dan duit minyak kenderaan untuk menghantar anak mereka ke sekolah.
  



6) Kawasan yang mempunyai nilai kenaikan hartanah yang mengejutkan dalam tempoh kurang 10 tahun.

Membeli hartanah di kawasan pengangkutan awam seperti LRT atau MRT adalah satu daripada strategi membeli rumah untuk aset pelaburan yang paling berkesan di Malaysia.

Menurut Saufi Karim, kita boleh bandingkan harga hartanah berdekatan LRT pada tahun 2008 / 2009 sehingga tahun 2016. Kenaikannya agak mengejutkan.

 SHARE jika anda rasa info di page ni bermanfaat untuk lelaki anda, adik anda ,rakan anda..Mungkin ada anatara mereka yg merancang untuk berbuat demikian.

LIKE PAGE NSBI GLOBAL ENTERPRISE UNTUK TIPS AKAN DATANG .

KOMENT SIKIT KALAU DAH BACA .


 


The Capacity To Learn Is A Gift , The Ability To Learn Is A Skill , The Willingness To Learn Is A Choice

1 00 orang setuju:

Intan Saffyna said...

hi, saya datang singgah sambil follow sini :)

 
Copyright © . All Right Reserved by Nur Sharwani