D.E.Y.A.W.A.N.N.Y Deyawanny.: Gambar Muslims Rohingya



Saturday, 27 October 2012

Gambar Muslims Rohingya

 
 
 Sekarang dah heboh isu ROHINGYA kan?Siapa masih tidak tahu?

Rohingya itu apa?Mari kita introduce korang .Wanny pun baru saje dapat tahu dari BADAR SMKAY darri sekolah wani..Terkejut jugaklah:)
Rohingya adalah merupakan salah satu etnik selain Rakhine, Chin, Mro, Chakma, Khami dan Dainet yang mendiami wilayah Arakan sejak sekian lamanya. Etnik Rohingya menganut agama Islam berbeza dengan etnik lain yang majoritinya beragama Buddha. Wilayah Arakan yang asalnya diberi nama Rahang berada di sebelah utara Myanmar dan bersempadan dengan Bangladesh. Dengan populasi lebih kurang 5 juta orang, Arakan yang beribu negeri Sittwe terdiri daripada 5 daerah iaitu Maungdaw, Buthidaung, Rathedaung, Pawktaw, Kyaukphyu dan Thandwe. Disebalik nama Rohingya dan nama-nama daerah tersebut, tersembunyi seribu kesengsaraan yang mengejutkan dengan pembunuhan penduduk dan pemusnahan kampung-kampung.
 
Tanggal 24 Mei 2012, seorang wanita Rakhine dilaporkan telah dirogol beramai-ramai oleh Rohingya. Akibat dari berita itu, serangan balas pada 3 Jun 2012, 10 pendakwah Islam dibunuh oleh pelampau Rakhine. Mereka mula membunuh, menyerang dan membakar rumah-rumah serta kedai-kedai milik Rohingya. Anak-anak muda dan ulama’ disumbat ke dalam penjara yang kemudiannya lenyap tanpa berita. Rohingya juga dituduh melakukan keganasan sedangkan hakikat sebenarnya  kes kematian orang Rakhine cumalah disebabkan Rohingya mempertahankan diri mereka apabila diserang. Perkahwinan dalam masyarakat Rohingya juga telah dihadkan oleh kerajaan dengan mewujudkan kriteria-kriteria tertentu bagi membendung kelahiran lebih ramai Rohingya. Kuota perkahwinan juga ditentukan dalam tempoh-tempoh yang telah ditetapkan. Sekiranya didapati berkahwin dan mengandung tanpa kebenaran, adalah menjadi satu jenayah dan boleh dihukum penjara selama 7 tahun..
 
Sejak pada itu sehingga kini dikhabarkan pelbagai musibah menimpa Muslim kat sana.Memang benar terdapar pergaduhan antara etnik di sana tetapi gambar2 pembunuhan yg kini tersebar meluas di alam maya belum dapat dipastikan kasahihannya.Kebanyaakkan gambar yang disebar adalah palsu belaka.

DIHARAPKAN PARA MUSLIM MENGAMBIL PERHATIAN!!
Pembunuhan umat Islam di Burma (Myanmar) memang benar berlaku, penindasan terhadap umat Islam yang masih hidup juga memang benar berlaku. Laporan-laporan yang melibatkan umat Islam di Arakan bukanlah palsu. Namun malangnya beberapa gambar yang beredar di dalam internet, sama ada di Facebook, Twitter, BBM, malah termasuk juga rakan-rakan blogger ternyata palsu - sama ada disengajakan atau tersalah informasi.

Malah terdapat beberapa orang yang tidak bertanggungjawab sengaja mengedit gambar-gambar ini dan menyampaikan bahwa itu adalah gambar kekejaman terhadap kaum muslim Rohingya. Pastinya sebagai sesama muslim kita akan percaya akan gambar sedemikian.

Berikut ini adalah beberapa gambar yang pernah dan masih lagi beredar tetapi setelah diselidiki ternyata ianya palsu:
 
 
 

 Terbukti gambar ini bukanlah gambar mangsa pembunuhan, sebaliknya gambar tersebut adalah situasi ketika umat Buddha di Tibet membantu mengeluarkan mayat mangsa korban gempa bumi di China. - Sumber Tibetan Community | Tibet Times
 
 
 
Seperti komen yang boleh dilihat dalam facebook di atas, dikatakan bahawa ini adalah gambar muslim yang dibakar di Burma, dan mereka yang percaya terus melontarkan komen-komen simpati dan kutukan. Gambar ini sebenarnya adalah gambar aktivis Tibet (bernama Jamphel Yesh) yang melakukan demonstrasi ketika kedatangan Presiden China ke India. Aktivis tersebut adalah pelarian yang mencari suaka ke India, dan melakukan aksi membakar diri ketika mengetahui Presiden China (ketika itu Hu Jintao) akan datang berkunjung. - Sumber: International Bussines Time | The Guardian
 
 
 Kumpulan gambar ini juga sebenarnya adalah sebahagian dari penangkapan mereka yang terlibat dalam rusuhan di Selatan Thailand. - Sumber: People's Daily | Frontline
 
 
 Gambar ini sebenarnya adalah gambar mangsa dari kejadian pengeboman yang berlaku di bandar Myawaddy di daerah Burma Timur yang bersempadan dengan Thailand dan ia terjadi pada Februari 2011. - Sumber: Arakan Info
 
 
 
 
 Gambar ini dikatakan sebagai korban muslim Rohingya ketika rusuhan di Burma, tetapi sebenarnya adalah mangsa ledakan tangki bahan api di Kongo pada tahun 2010.


Sekali lagi ditekankan bahawa kejadian pembunuhan dan penindasan terhadap umat Muslim Burma adalah benar-benar terjadi. Tetapi ramai yang agak ragu dengan kebenarannya apabila timbul gambar-gambar palsu seperti ini.

Jika orang Islam sendiri yang mengedit dan menyebarkan gambar-gambar palsu sedemikian dengan sengaja untuk mengeruhkan keadaan atau untuk menimbulkan ketegangan dengan masyarakat Buddha secara keseluruhan, maka ia adalah tidak adil, sebagaimana Allah berfirman dalam Al-Qur'an:

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum membuatmu tidak berlaku adil. Berbuat adillah karena ia lebih mendekati ketakwaan." (Al Maa'idah: 8)

Namun jika telah terlanjur menyebarkannya kerana kesilapan maklumat, semoga Allah mengampuni kita semua.
Sejujurnya aku percaya mereka2 yang sebarkan dan share gambar2 neh kat facebook tidak berniat jahat. Sekadar nak share apa yang berlaku di myammar kerana pada sangkaan mereka gambar2 tersebut mewakili apa yang terjadi di myammar.

Tetapi nampaknya mereka juga turut dipermainkan oleh individu sebenar yang berperanan melakukan penipuan sehingga menyebabkan ramai rakan2 kita tertipu. Persoalan nya kenapa?
 Pendapat aku.

Satu sabotaj untuk mengagalkan rancangan dan usaha pihak2 tertentu yang mahu menyelamatkan umat islam rohingya. 

Kaedah.

Menyebarkan gambar2 palsu dan bila orang sedar gambar2 tue palsu maka mereka automatik akan fikir apa yang berlaku di rohingya tue sebenarnya adalah palsu dan tiada apa2 pun yang terjadi kat umat islam di sana. Mereka sebenarnya baik2 je.
 Hakikat.

Sebenarnya penghapusan etnik di myammar memang berlaku. Tetapi gambar2 yang tersebar tue tidak mewakili apa yang sedang berlaku terhadap umat islam rohingya. Pertelingkahan antara buddha dan islam memang wujud kat sana. Dan mereka memang memerlukan sokongan dan bantuan dari kita. 

CARA


Jangan sebarkan gambar2 palsu dan sebelum share apa2 info mengenai rohingya, check dulu maklumat2 tersebut. Jangan main sebar. Kerana dibimbangi anda menjadi mangsa untuk menyebarkan penipuan. Disamping itu seringkali lah mengikuti apa yang sedang berlaku di sana dari mereka yang benar2 berjuang mengenai isu tersebut. Insya-Allah kita takan menjadi mangsa manipulasi sesetengah mereka yang sedang berusaha mengagalkan matlamat kita untuk membantu umat islam rohingya. Oke bai.
 
 
 
 

The Capacity To Learn Is A Gift , The Ability To Learn Is A Skill , The Willingness To Learn Is A Choice

2 00 orang setuju:

Deyawanny said...

terima kasih Wisata
Salamperkenalan:)

Nonny said...

kejamnya...kesian kat dorang..
bersyukur berada di malaysia..

 
Copyright © . All Right Reserved by Nur Sharwani