Topik kali ni pasal introvert or extrovert .
Its quite interesting i think !
haha.
Well, you have to know character of a person right ? SO kemoon move on .
INTROVERT DAN OTAK
===================
===================
Anda seorang
introvert atau extrovert? Kedua-dua ini hanya klasifikasi personaliti.
Memudahkan untuk memahami diri dan orang lain. Bukan bandingan yang mana
lebih baik. Hanya perbezaan untuk pemahaman.
Introvert cenderung untuk bersendiri. Lebih selesa begitu. Berada di
khalayak ramai mengundang gelisah. Dalam berbual lebih banyak mendengar.
Bercakap bila perlu. Bila ditanya. Jawapan pendek. Tiada bunga-bunga
atau renda.
Introvert banyak menghabiskan masa berfikir.
Bahagian kelabu otak (gray matter) didapati lebih tebal disekitar
kawasan prefrontal cortex. Letaknya di belakang dahi kita. Menunjukkan
orang introvert lebih banyak fikir. Lebih abstrak fikirnya.
Cara
dopamin (hormone gembira) bekerja di otak introvert juga berbeza. Ianya
tidak seaktif seperti otak orang extrovert. Andai menerima kejutan
(seperti memenangi tempat pertama), amygdala (yang memproses emosi)
aktifnya biasa-biasa sahaja. Andai menerima ganjaran, nucleus accumbens
yang sepatutnya menjadi lebih aktif juga biasa-biasa aktifnya.
Natijahnya, akan ditanya “tak seronok ke dapat hadiah?” Bukan si
introvert tidak gembira. Kegembiraan itu berlapik. Punya seni
tersendiri. Yang berbunga hatinya. Wajahnya biasa-biasa sahaja. Tiada
riak besar.
Apabila Hafiey, anak sulung mendapat tempat pertama
pertandingan Sains peringkat Negeri Sarawak, wajah saya biasa-biasa
saja. Apabila Hafiey mendapat straight A dalam SPMnya, tiada gelombang
merah menerjah ke muka. Tetap biasa-biasa sahaja. Isteri bertanya "tak
seronok ke". "Alhamdulillah, seronok." Jawapan ringkas. Dalam hati
tumbuh taman.Muka biasa-biasa saja.
Andai anda punya pasangan,
anak atau ibubapa introvert, usah gusar andai hadiah diberi tidak
menghasilkan reaksi yang diharapkan. Mereka gembira. Tiada pertunjukkan
kegembiraan sahaja.
Tiada perarakan hadiah yang diberi.
Perlu
tahu bagaimana otak berfungsi. Rumahtangga akan harmoni. Persahabatan
terpelihara. Ofis aman. Tiada dengki. Jauh dari salah sangka.
Mahu tahu tentang otak extrovert?
OTAK KITA TANGGUNGJAWAB KITA
EKSTROVERT DAN OTAK
=====================
=====================
Ekstrovert tidak
sama seperti introvert. Masing-masing sarat dengan perilaku yang
berbeda. Ekstrovert lebih bersifat eksternal. Orientasi luaran. Penuh
warna warni.
Esktrovert kurang
betah duduk di bilik atau di rumah. Jarang mahu menghabiskan masa
sendirian. Mesti berteman. Mesti keluar. Ada borak-borak.
Mesti mengopi atau mengeteh kata orang sekarang.
Andai diajak keluar, perkataan JOM pasti akan terpacul terus. Tidak
ditanya mahu ke mana atau keluar dengan siapa. Atau naik apa. Perkataan
JOM disambut dengan JOM sepantas mungkin.
Esktrovert mencari
keseronokan di luar. Cara dopamine (hormone gembira) berfungsi juga
tidak sama dengan introvert. Dopamin sangat aktif pada ekstrovert. Kalau
aktif biasa-biasa tidak teruja ekstrovert. Hidup tidak ada ummph.
Dopaminnya mesti lebih.
Berbual dengan orang ekstrovert
menyeronokkan. Ekstrovert berbual dengan sesiapa sahaja. Tidak kira
jantina. Ramahnya tidak bertempat. Suka pada aksi. Kalau ada pasangan
sebegitu tahan sahajalah. Itu cara orang ekstrovert beroperasi. Banyak
rambu ramba.
Dalam konteks imbasan otak, ekstrovert yang diimbas
otaknya menunjukkan lebihan aktiviti di bahagian posterior thalamus dan
posterior insula. Keduanya berkait rapat dengan kecenderungan
menganalisa maklumat berbentuk sensori. Antaranya ialah lihat, dengar,
rasa, bau dan sentuh.
Andai ekstrovert diminta memberi pendapat
tentang pakaian kita, atau kesesuaian antara tudung dan baju, deskripsi
dan ulasannya panjang. Kata-katanya kekadang agak berbisa dan menghiris.
Pernah berlaku? Selamat datang ke dunia ekstrovert.
OTAK KITA TANGGUNGJAWAB KITA
Credit :Dr Rizal