DEYAWANNY Deyawanny.: March 2012

Friday, 30 March 2012

Tazkirah::Kenapa Diam Itu Adalah Lebih Baik Dalam Islam?


Peace semua!

Kaifa halukum jami'aam??

Alhamdulillah wanny sihat sajer...

Okey harini hari Jumaat kan?So harini nak post entry pasal ceramah sikit or tazkirah.

Hari yang barakah kenalah diisi dengan benda yng berfaedah ye tak?

Topiknya ialah
-
-
Diam Itu Lebih Baik daripada Berbicara

atau lebih ringkas BiCARA EMAS.

Okey firstly,topik ni muncul bila ramai kengkawan wanny kata wanny ni sorang yang pendiam..haha..

Yeke?Wanny pun hairan..nak kata diam tu x sangat..nak kata bising..bising jugak..pelik 3x..

Dahtu takkan nak suruh wanny pi ber-gosip dgn budak2 lain tu?Wasting my time..x da keje ke apa?

i'm only talk when it is time only...not every time!

Back to the actual topic.

Diam ni bagus tau!Kenapa?Jom kita baca:

Barangsiapa yang banyak berbicara,akan banyak salahnya.

Rasulullah SAW bersabda:Janganlah kamu banyak berbicara  tanpa menyebut nama Allah kerana perbicaraan yang panjang lebar tanpa menyebut nama Allah akan membuat hatinya menjadi keras.Sesungguhnya,orang yg paling jauh dengan Allah ialah orang yg mempunyai hati yang keras.
                                                                                      (Hadis Riwayat Abdullah bin Amru)


Keterangan ayat:

Okey..bila kita banyak cakap dengan saper2 saja tmasuklah kawan kita,,kita secara tak lansung akan ada terbuat salah dalam percakapan kita.Faham tak??Okey..Macamni..mungkin dalam topik yg kita cakap tu akan ada yg membuatkan hati kawan kita terguris atau terkecil hati (kalau kawan jenis sensitif tu lagilah) tanpa kita sedari,kan?Perasan tak?

Cakap banyak jugak buat hati jadi keras tulah kita kadang2 rasa malas nak gi solat.."Nantilah solat..lambat lagi ni"...ye tak?Ayat tu yg selalu guna kan?So secara automatik kalau selalu macam tu hati kita akan jadi keras kan?Tu yg kita rasa kita ni jauh dgn Allah..hati pun selalu gelisah.


Berikut adalah sebab diam adalah lebih baik:

1.Biarlah percakapan ringkas tetapi ada maksud dan tujuan yg jelas serta bermanfaat.Percakapan yg membuatkan org lain lalai akan menimbulkan kezaliman dalam hati.

2.Bila hati keras,diri akan semakin jauh dari Allah.Ingatlah tiada kejahatan yg lebih buruk dr ini.

3.Percakapan itu cermin daripada isi hati dan jiwa.Oleh itu,kita harus menahan diri dari banyak berbicara.

Contoh:  Murni ni selalu citer kat kawan2 dia pasal apa2 jelah yg blaku kat dia dlm sehari tu..Kawan2 dia pun lama2 beranggapan "Murni mulut murai betullah..macamlah aku nak dengar sangat..yg tu pun nak citer..macamlah dia bagus sangat!"..Automatik kawan2 dia tu akan "cop" Murni tu seorang yg pot-pet or mulut murai..Malu tak?Kalau korang dilabel macamtu?

5.Barangsiapa yg sedikit percakapanya,kelak ia akan dipuji.Jika perak itu adalah bicara,diam itu adalah emas.!

6.Jangan berbicara bila kita rasa nak berbicara sebab waktu itu akan datang penyakit besar yang ubatnya janya satu iatu DIAM.Kecuali jika dipaksa mengungkap suatu tabir rahsia.

Ketahuilah sesiapa yg berbicara yg bukan urusannya nescaya dia akn mendapat sesuatu yg tdak diingininya.Sebaik2 manusia adalah sikit bicaranya dan banyak zikirnya pada Allah.

7.Sabda Rasulullah.."Janganlah kamu banyak berbicara tanpa menyebut nama Allah"..Maksudnya lebih kurang janganlah kita terus diam tak kata apa2..Diam jika berbiacara itu hanya bawa pada sia2..bcakap apabila perlu..Kiranya lebih digalakkan kita berzikir kpd Allah dan kurangkan bicara.

8.Perbicaraan yg  tidak diiringi dgn zikir kepada Allah membawa kpd dosa besar.

Firman Allah SWT dalam surah An-Nissa'(31)
Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar diantara dosa-dosa yg dilarang kamu kerjakan.nescaya Kami hapus kesalahnmu(dosa - dosa yg kecil)dan Kami masukkan kamu ke tempat yg mulia(syurga).

okey,anda faham?Baguss...okey topik ni wani ubah2 sikit n ringkaskan dri sebuah majalah islamik..Nama apa ntah..hee...sekadar berkongsi apa yg termaktub ( minda+buku = blog).

Kalau nak share pun boleh..nak like pun boleh..nanti automatik akan muncul di wall fb anda..sebarkanlah..

Terima kasih kerana membaca tazkirah wani.."Anda selangkah mendekati Allah"

Apa yang baik itu  datang dari Pencipta,dan apa yang buruk itu datang dari yang dicipta.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, 13 March 2012

Jom Doodle Trade dengan Deyawanny?

 
 
 
(!Peacenowar!)
 
Harini ringan tulang pulak nak ber-art dengan korang semua..
 
Saper nak berdoodle trade dengan deyawanny??
 
Jom!!
 
Macam ni..korang buat doodle chumill2 khas ntuk wani then wani akn buat doodle yang comell2 khas untuk korang pulak..kiranya cam tukar-tukarlah...
 
Nak tak..bukan senang wani nak rajin..heeeeeeee....
 
Cara dia?
 
Komen kat bawah...kalau boleh add wani di FB lagi baguss...SINI

Nyatakan perkara berikut waktu add wani.

Nak doodle warna apa?
Muslimah ke freehair?
nama glamour nak tulis kat doodle tu?

Okey..dah...


Sebelum tu korang kena buat doodle yg wani inginkan..wani nak macamni:

Muslimah ye
bertemakan warna pink+Unggu
tulis nama wanny kat doodle tu..

done....

Ingat ye...add wani di fb dan bg mklumat yg wani mintak tadi sekali..

Tapi korang kenalah buat doodle cm wani nak tadi..okeyh?Then kalau dh siap post je kat wall fb wani/sent into a message jer..

pastu buatlah apa2pun doodle tu..nk simpan ke atau apa jelah...


Assalamualaikum semua..wanny tunggu jawapan korang..add wanny di fb yer!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, 12 March 2012

Inilah kesan apabila berpindah ke sekolah baru!


Assslamualaikum readers!!
How are you feel today?Angry?Sad?Happy?Orr....cravy???haha..okeyh error typing!

Kali ni bukan nak bagi tips or ceramah or apa2 jelah tapi kali ni wani nak berkongsi suka duka apabila wani berpindah ke sekolah baru ni...

sekolah apa?Korang dah tahu kan??

SMKAY...

sekolah agama yer...sebelum ni wani sekolah harian biasa je..nak kata alim tu taklah sangat...nak kata jahat tu lagilah tak...huhu!tak caya??Gi tanya memba SMKCT wanny...

Wannyy kan budak baik...*perasan tahap gaban..sorii

Kesan yang pertama...

WANNNY RINDU KAT CIKGU...KAWAN....MAKCIK YANG KERJA KAT SEK. LAMA

Wannny bertambah rindu bila tengok cikgu kat SMKAY ni terus tringat kat cikgu di SMKCT yang pernah meninggalkan kesan pada diri wani sendiri...Cikgu Hashimah,Cikgu afza,ustaz mohammad,Cikgu Soh,dan banyak lagi.....

Dirimu tiada pengganti............................huhuuuuuuuuu

Teringin sangat nak jumpa diorang semua...kawan2 wani...my bestfrenz..
i'm always miss you....your kindness cannot be replace with anything!

To my best frends wani yang ternampak posting wani kali ni wanny nak mintak korang doakan kejayaan wani di SMKAY ni ye?Wani susun sepuluh jari andaikata dulu wani pernah buat korang tersinggung atau kecik hati..Maafkanlah yer..mana tau esok-esok wani dah tak ada....huhu..ajal kan tak kira masa...

Memanglah kat SMKAY ni wani dapat kawan baru but...tiada yang serupa dengan mu..haha(bajet ayat)
Setiap masa wani teringatkan korang...lawak korang,perangai pelik korang...huhu



kesan yang kedua..................

WANNY TAK DAPAT MEMAHAMI PEMBELaJARAN 100%

Kenapa?Sebab diorang guna FULL BM LANGUAGE in their pnp.Kat sekolah lama wani guna BI...yelah batch wani start blajar BI dari standard one lagi...tak hairanlah kan?Biarlah korang nak kata wani berlagak ke over ke apa ke..janji apa yang wani rasa betul  wani akan tulis di sini..Nak buat camna kan dah biasa..

So bila cikgu ajar ADD MATH in bm wani lambat sikitlah bila mai kat soalan penyelesaian masalah...

pemalarlah apalah...rupa2nya pemalar dlm istilah math tu dipanggil constant in BI MATH...Tapi subjek ADD MATH tetap menjadi subjek kegemaran wani...Math Mode?Huahua...takyahlah tanya..malu...tak tererlah..haha...don;t laugh at me okey?I knowlah korang expert lagi..


Kesan yang ketiga.........

Errrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....better takyah cakaplah..biarlah ia menjadi rahsia hati wanny....is not about love okey?Jangan assume yang bukan-bukan dekat wanny...Kalau wani citer nanti......Huurrrrrmmmms...

apa-appa jelah....


Okeylah bubye.....

Assalamualaikum semua dan 

Peace be upon you!

Nota kaki: Doakan kejayaan wani di dunia dan diakhirat..amin.....







Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, 8 March 2012

Permainan SPIRIT OF THE COIN adalah SYIRIK!!


SEGMEN DAKWAH:  Permainan Sprit of the coin.


Siapa tahu??Korang tahu tak permainan tu macamana?

Mai nak tunjukkan..

AMARAN KERAS: DILARANG MENCUBA BERBUAT DEMIKIAN!!!


'The Spirit of The Coin' juga dikenali sebagai 'Ouija Board' di Eropah. Sebenarnya 'The Spirit of The Coin' bukan sebuah permainan sebaliknya sebuah kaedah untuk berhubung dengan roh orang yang meninggal dunia atau lebih tepat SYAITAN YANG DILAKNAT ALLAH!!!. Kaedah ” spirit of the coin ” digunakan dalam beberapa ritual dan kepercayaan untuk berhubung dan berbual dengan roh orang yang telah meninggal dunia.

Kaedah ini biasanya digunakan untuk :

-Tanya khabar orang yang meninggal dunia.
-Mengetahui kedudukan roh.
-Berkomunikasi dengan roh.
-Minta bantuan secara gaib
-Mencari barang / orang yang hilang.
-Untuk mengetahui cara matinya :
kemalangan atau dibunuh dan sebagainya
-Untuk tanya sesuatu yang penting seperti :
Password , no pin , kedudukan harta.

secara ringkas:


 

Satu gambarajah akan dibuat pada kertas, secara asasnya mengandungi :

1. susunan huruf2 dari A - Z
2. angka dari 1 - 9
3. dua ruang @ petak, satu petak tertulis
'YES' dan satu lagi 'NO'
4. satu ruang tertulis 'HOME'. Kadangkala digantikan dengan 'GOODBYE'. fungsinya lebih kurang sama macam fungsi button 'ENTER' pada kibord. Fungsi kedua adalah sebagai point untuk memulakan & menamatkan permainan.


Permainan ni memang terkenal dikalangan pelajar terutama budak2 hostel..

malam2 dalam dorm pi buat aktiviti ni,kan???haha!!kang kantoi dengan ustaz mampus!

Adik2,kakak2...Permainan ni adalah HARAM dan membawa kepada SYIRIK JALI iatu syirik terang-terangan!

Kalau termain tu cepat2 pergi buat taubat nasuha..sementara hayat masih dikandung badan korang...

Cara bermain??????No wanny takkan dedahkan di sini sebab takut korang nak try pulak ..

manusia memanglah..semua nak try bila dah kena baru tahu langit tinggi rendah!

Jin tu senang nak panggil/seru dia tapi ambik masa untuk keluarkan dia..

Pleaselah,,,jangan main takut nanti korang murtad..try pun jangan!!Syaitan mesti tengah berbisik kat telinga korang skang untuk main SOTC ni kan??

Ataghfirullahalazim!!!Nauzubillah!!!

AMARAN:::


Roh yang jahat boleh menyebabkan kerugian , penyakit , kemalangan dan juga kematian. Ia juga akan mengganggu ahli keluarga kita yang lain. Jadi Awas ! Jangan buat ritual ini. Ini bukan sebuah permainan sebaiknya sebuah ritual yang keras . Tujuan ” Spirit of the Coin ”  hanya untuk berhubung dengan alam roh sahaja .Sesetengah kes jin itu tak nak keluar dari badan orang sampai dia puas..dia kan ganggu orang sekelilingnya jugak!


Nak try baca kisah sorang sahabat bi dia pernah main game tu taK??
KLIK SINI UNTUK RASA GELOMBANG PARANORMAL!!

Nota kaki:Dulu wanny pernah tengok BF wanny main benda tu...waktu darjah 4/5 dulu..maklumlah jahi sikit time tu!





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Nur Sharwani