DEYAWANNY Deyawanny.: Permainan SPIRIT OF THE COIN adalah SYIRIK!!

Thursday, 8 March 2012

Permainan SPIRIT OF THE COIN adalah SYIRIK!!


SEGMEN DAKWAH:  Permainan Sprit of the coin.


Siapa tahu??Korang tahu tak permainan tu macamana?

Mai nak tunjukkan..

AMARAN KERAS: DILARANG MENCUBA BERBUAT DEMIKIAN!!!


'The Spirit of The Coin' juga dikenali sebagai 'Ouija Board' di Eropah. Sebenarnya 'The Spirit of The Coin' bukan sebuah permainan sebaliknya sebuah kaedah untuk berhubung dengan roh orang yang meninggal dunia atau lebih tepat SYAITAN YANG DILAKNAT ALLAH!!!. Kaedah ” spirit of the coin ” digunakan dalam beberapa ritual dan kepercayaan untuk berhubung dan berbual dengan roh orang yang telah meninggal dunia.

Kaedah ini biasanya digunakan untuk :

-Tanya khabar orang yang meninggal dunia.
-Mengetahui kedudukan roh.
-Berkomunikasi dengan roh.
-Minta bantuan secara gaib
-Mencari barang / orang yang hilang.
-Untuk mengetahui cara matinya :
kemalangan atau dibunuh dan sebagainya
-Untuk tanya sesuatu yang penting seperti :
Password , no pin , kedudukan harta.

secara ringkas:


 

Satu gambarajah akan dibuat pada kertas, secara asasnya mengandungi :

1. susunan huruf2 dari A - Z
2. angka dari 1 - 9
3. dua ruang @ petak, satu petak tertulis
'YES' dan satu lagi 'NO'
4. satu ruang tertulis 'HOME'. Kadangkala digantikan dengan 'GOODBYE'. fungsinya lebih kurang sama macam fungsi button 'ENTER' pada kibord. Fungsi kedua adalah sebagai point untuk memulakan & menamatkan permainan.


Permainan ni memang terkenal dikalangan pelajar terutama budak2 hostel..

malam2 dalam dorm pi buat aktiviti ni,kan???haha!!kang kantoi dengan ustaz mampus!

Adik2,kakak2...Permainan ni adalah HARAM dan membawa kepada SYIRIK JALI iatu syirik terang-terangan!

Kalau termain tu cepat2 pergi buat taubat nasuha..sementara hayat masih dikandung badan korang...

Cara bermain??????No wanny takkan dedahkan di sini sebab takut korang nak try pulak ..

manusia memanglah..semua nak try bila dah kena baru tahu langit tinggi rendah!

Jin tu senang nak panggil/seru dia tapi ambik masa untuk keluarkan dia..

Pleaselah,,,jangan main takut nanti korang murtad..try pun jangan!!Syaitan mesti tengah berbisik kat telinga korang skang untuk main SOTC ni kan??

Ataghfirullahalazim!!!Nauzubillah!!!

AMARAN:::


Roh yang jahat boleh menyebabkan kerugian , penyakit , kemalangan dan juga kematian. Ia juga akan mengganggu ahli keluarga kita yang lain. Jadi Awas ! Jangan buat ritual ini. Ini bukan sebuah permainan sebaiknya sebuah ritual yang keras . Tujuan ” Spirit of the Coin ”  hanya untuk berhubung dengan alam roh sahaja .Sesetengah kes jin itu tak nak keluar dari badan orang sampai dia puas..dia kan ganggu orang sekelilingnya jugak!


Nak try baca kisah sorang sahabat bi dia pernah main game tu taK??
KLIK SINI UNTUK RASA GELOMBANG PARANORMAL!!

Nota kaki:Dulu wanny pernah tengok BF wanny main benda tu...waktu darjah 4/5 dulu..maklumlah jahi sikit time tu!





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 00 orang setuju:

 
Copyright © . All Right Reserved by Nur Sharwani