D.E.Y.A.W.A.N.N.Y Deyawanny.: |EKSKLUSIF| Membongkar Rahsia sebalik kejadian histeria!



Friday, 17 February 2012

|EKSKLUSIF| Membongkar Rahsia sebalik kejadian histeria!


Siapa pernah  terkena histeria dia asrama or sekolah atau di mana2 jelah?

Angkat kening sikit..janganlah malu-malu..takde apa yang nak dimalukan~

Topik pada hari jumaat yang barakaah  ni ialah HISTERIA.

Wanny?Wanny takpernah kena lagi seumur hidup wani,haha..tapi hanya melihat orang lain terkena saja.

Mai kita tengok sebab berlakunya histeria

1.Gangguan.

angguan pula membabitkan kes seperti salah menuntut ilmu persilatan, tarian tradisional, menurun atau orang biasa. Ini gangguan syaitan dan iblis kerana mereka pernah berjanji untuk menyesatkan manusia walau apa cara sekalipun.

2.Tekanan aka STRESS

haa!!Inilah yang selalu berlaku!Lebih lagi time nak periksa/exam kan?Mesti ada punya..
Bila stree otak kita tak tenang dan tak stabil..and ini memudahkan entiti tu masuk ke dalam rongga badan kita.Benda ni boleh masuk melalui hidung,mulut,ibujari kaki dan dll.Kalau orang yang tengah berzikir mana ada terkena kan?Sebab fikiran diorang stabil and tak kacau..sebab tulah digalakkan berzikir tidak kira di mana kita berada kecuali tempat2 kotor tu sebaiknya dielakkanlah.


Kebelakangan ini banyak kes histeria berlaku di sekolah, apa puncanya?

Satu sebab jin mengganggu manusia ialah kerana marah atau berdendam selepas ?kediamannya? dirampas manusia, contohnya kawasan itu dijadikan sekolah atau bangunan. Sebab itu sekolah baru buka kerap berlaku histeria.

Selain itu, mungkin ada pelajar ?mengganggu? tempat jin itu seperti membuang air kecil di tempat tidur atau tempat tinggalnya. Ia mungkin dilakukan di kawasan hutan berhampiran sekolah atau belukar yang menjadi kediaman jin. Itu juga boleh menyebabkan kemarahan jin.

Boleh jadi juga sebab mereka (jin) diganggu bunyi bising disebabkan ?kenakalan? pelajar terbabit sehingga menimbulkan kemarahan. Jika lama terpendam, ia bertukar menjadi dendam dan tiba masanya, jin itu ?menyerang? (berlakunya histeria).

Namun histeria sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa saja dan tidak kira di mana. Jika jin diganggu, mereka membalas semula. Kes yang banyak berlaku di sekolah sekarang mungkin hanya kebetulan.

Bagaimana serangan jin boleh menyebabkan histeria ini?

Jin menyerang manusia dalam keadaan tak sedar dan sukar dikawal. Serangan memang dahsyat kerana dia memperalatkan tubuh manusia. Ada berlaku, pelajar menggigit jari sampai berdarah kemudian menghirup darah sendiri. Sebenarnya yang menghirup darah itu jin, bukan pelajar. Jin cuma mempergunakan tubuh pelajar tadi.

Ada juga mangsa yang boleh berkelakuan luar biasa seperti menumbuk dengan kuat, sedangkan yang dirasuk jin itu adalah wanita.

Mengapa apabila berlaku serangan histeria, ia mudah berjangkit kepada orang lain?

Memang jin boleh berjangkit selepas menyerang manusia. Ia pantas, malah boleh diibaratkan sama seperti cahaya. Dalam sekelip mata, ia boleh menyerang ramai orang.

Bolehkah histeria mendatangkan kemudaratan atau bahaya kepada mangsa, terutama pelajar?


Ya? kerana histeria ini menyerang otak dan fikiran manusia. Ia sama dengan simptom dialami orang gila iaitu hilang ingatan.

Bezanya, histeria akan pulih jika jin dapat dikeluarkan dari tubuh badan. Tidak seperti penyakit gila yang mungkin berlanjutan jika kerosakan sel otak yang dialami pesakit tidak dapat dirawat.

Namun jika histeria itu kerap menyerang seseorang, ia membahayakan diri mangsa, fikiran mungkin ?dirosakkan? makhluk berkenaan sehingga menyebabkan gila.

TANDA DISERANG HISTERIA

Tangan menggeletar dan sejuk. Dia juga seperti dalam fantasi, mungkin terdengar bunyi air, desiran angin atau loceng yang sayup kedengaran.

Ia boleh dirasai. Selepas jin ada pada tubuh, mangsanya melihat dunia ini gelap, kepalanya bergoyang dan tubuh menggeletar.

Adakah benar mangsa yang dirasuk boleh melihat makhluk halus?

Ya? tetapi ia berlaku sekali imbas saja dan ia tampil dalam pelbagai rupa dan bentuk menakutkan. Ada juga yang menyerupai objek seperti ular. Jika ada pengakuan menyatakan ia melihat makhluk aneh, ia bukan ilusi tapi memang benar kerana Allah SWT membuka sedikit ruang untuk melihatnya.

SEBAB WANITA MENJADI MANGSA JIN

Wanita lebih sensitif dan dianggap lemah berbanding lelaki. Apatah lagi dalam keadaan tertentu, wanita memang lemah seperti ketika haid, mengandung atau berpantang. Begitupun lelaki juga tidak terkecuali, ada yang kena jika tidak kuat semangat.

Lagi satu,pompuan ni suka bersembang,terjerit,tertawa berlebihan kan?Wani taulah sebab wani tengok sendiri..duk dalam surau pun boleh bersembang sambil tergelak2..tu yang jin senang masuk tu

Bagaimana cara atau kaedah untuk mengelak menjadi mangsa?

Berpegang teguh dengan ajaran Allah SWT adalah langkah terbaik. Jin sebenarnya boleh mengetahui kekuatan roh seseorang, sama ada memiliki cahaya (iman) atau tidak. Jika kuat dengan amal ibadat, dia tidak suka mendekati.

Namun antara amalan yang boleh dilakukan ialah baca ayat Kursi selain doa. Rasulullah SAW pernah bersabda, ?Barang siapa membaca ayat Kursi ketika di tempat pembaringan (tidur), Allah SWT menghantar dua malaikat untuk menjaganya hingga waktu subuh.?

Adakah wajar kita membuat perjanjian dengan jin untuk menghindarkan gangguan histeria ini sehingga perlu mematuhi syarat tertentu?


Itu tidak boleh. Jika letak syarat, ia menampakkan kita lemah, malah syirik. Memang ada ?tawar-menawar?, tetapi jangan letak syarat. Dalam satu kes, jin pernah minta tempoh seminggu untuk berpindah dari situ tempat dan tidak salah membenarkan. Barangkali mungkin jin itu hendak berkemas sebelum beredar tetapi selepas seminggu, pastikan mereka tiada.

Dalam tempoh itu jin tidak mengganggu lagi, jika adapun sekadar gangguan kecil seperti terdengar orang mandi, suara ganjil atau kelibat seseorang.

Apapun minda kit a penting..Ia memainkan semua peranan penting.Minda ken kawal and rohani kena jaga.

p/s:Minta dijauhkanlah umat islam kita daripada gangguan syaitan.jin yang dilaknat itu.Nauzubillah!

The Capacity To Learn Is A Gift , The Ability To Learn Is A Skill , The Willingness To Learn Is A Choice

3 00 orang setuju:

yana M said...

x pernah kna lagi..huhuhu..seram plak..bila baca nier

♫Nur Najihah♫ said...

Wow ~ Mmg btol-2 seram derr ><

Deyawanny said...

seram memang seram..tapi jika kita pegang teguh kepada ajran islam,insyallah takda pape yg akn blaku...tu semua keje jin yang dilaknat je~

 
Copyright © . All Right Reserved by Nur Sharwani