Assalamulaikum..cuaca sekarang makin panas kan? Tak taulah kat area korang macamana but area kedah sekitar SP ni panas sikit..tapi nasiblah tadi hujan..so tak panas sangat..Itulah semua ni angkara perbuatan manusia sendiri kan? Tebang pokok,toreh bukit,...ishhhh..
Apapun wani akan tetap juga kuatkan mata,tangan,hidung dan segalanya untuk menaip entry ni.
Keluhan Kaum Hawa.
Sebagaian wanita mengeluh kerana mereka perlu
hidup sebagai seorang wanita, seperti yang kita lihat dialog di bawah. Mereka
seolah-olah mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap mereka.
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini.
Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi
banyak.”
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena
minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak
bagitau kita takpe pulak.”
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka,
rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding
harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan
rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah
kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada
suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada
kaum hawa?”
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan
talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki,
sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan
ni suka ke tak solat dan puasa?”
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan
organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina,
mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok
pertanyaan.
Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni
lelaki!”
Tunggu..!
Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan
seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah.
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat
wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di
tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak
letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada
siapa melihat perhiasan itu?
Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di
kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki,
yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?
Saya tidak dapat melihat kulit anda pun
kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya
hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut
serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi,
lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama
dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya
hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah
yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi
sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan
dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.
Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun
suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu
kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta
pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan
melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk
dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu,
percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak!
Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15
kali pun sihat sampai ke tua!”
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia
ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka
ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu
maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa
mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke
nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu
syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat
cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan
dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
“Saya, seorang lelaki
wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan
tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti
pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta,
yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia,
sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi
manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Jadi,bersyukurlah tentang diri anda sekarang.Setiap sesuatu yang diciptakan olehNya ada kelebihan and kekurangan serta faedahnya kan ?
0 00 orang setuju:
Post a Comment