D.E.Y.A.W.A.N.N.Y Deyawanny.: Pandangan Aku about Kapel ?



Monday 2 December 2013

Pandangan Aku about Kapel ?

Assalamulaikum !


Aduii..lama kan blog ni tak diupdate isu-isu hotz...haha..hots laa sangat,kan !

Isu-isu lapuk adalah kan ? *perasan je

Haaa...okey..kali  ni wani nak cakap pasal CINTA..wahh !

Derekkk topik ni kan ? *loghat Kedah Xx
agak-agaknya wani ada gaya jadi doktor cinta tak? Khuikkss ! Orite *merapu jap !
Like wani says dekat FB..
 Zo0m mata mu sebesar yg mungkin :))
Haha..nampak tu? Dah beso geddabokk *betui tak eja?

Orite.Di sini wani bukannya nak halang orang-orang yg berkapel  tu dari bercinta.Nope.BERKAPEL TIDAK HARAM sebenarnya. Tapi kalau dengan TIDAK BERKAPEL dapat menghalang kita apa salahnya kalau tidak berkapel?

Betuii dak? Orite macam yg kita tau tak wujud istilah kapel islamik kan? Hah ! Dah tu?
 Kenapa berkapel gak? Gatal? Nak kawin ? Adakah tu satu cara anda ekspresskan feeling anda?*ceh ! Soklan merabu meraban!

Berkapel sebenarnya tak haram pon cuma cara kita tu yang salah that's why HUKUM kapel tu jadi Haram..get it? Okeyy, wani bukannya nak berlagak macam ustazah..perang sini perang sana dgn  org berkapel..nope ! Tidak sama sekali wahai pembacaku !

Ko nak kapel ? Orite kalau dah memang darurat sgt takpe but please JANGAN BUAT MAKSIAT depan mata aku je..in front of my eyes dlm bahasa omputehnya..haha get it?

Kalau buat gak? Ermm..just wait and see..I've my own ways"..Kalau wani tak nampak takpa..Kalau wani nampak..nak buat camna dah mmg tanggungjawab org yg nampak tulah kan.Andai katalah 99.9% masyarakat skang beramalmakrufnahimungkar dgn cara selemah iman.Yakni HATI..stakat mmbnci  dlm hati.(astaghfirullah halazim)..Anda-anda semua rasa apa yg akan jadi? Peratusan maksiat tu lebih meningkat or menurun?..Bagi wani..lebih meningkat..sebab maksiat tu masih dilakukan tanpa dicegah ditegur dibimbing dinasihat atau apa saja yg sewaktu..Tak marah tak benci pun kat org yg berkapel tu..seriouslly..jujur..but benci meluat kat perangai atau sifat yg ada tu je..You're still my friends instead..Don't worrry be happy !
*kidding..don't take serious !
Mungkin ada yg kata:
 "alaa..ko ni bajet arr lebih !"

"Ikut suka akulah..dosa aku bukan ang ! Kubur masing-masing arr !"
"Asal aku bahagia."
"Eleh..kami bukannya sentuh2 pun.."

Ni jawapan wani:

"aikk..aku rasa tak penah bajet terlebih gi stakat ni dgn org"
"Haa yalah dosa ang bukan aku ! Aku nampak aku tau  !Andai kata ang jiran aku dalam kubur camna plak?"
"Ang bahagia aku sengsara"
"Buat masa sekarang aku pcaya lg kata2 tu..next?.."

Seterusnya korang renung ayat ni 

" Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabers

  1. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
  2. Haram ber"dating" dan berkapel tanpa disertai mahram yang thiqah.
  3. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat sama ada sms, phone, chat, mesengger.
  4. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
  5. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
  6. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
  7. Awas daripada bertukar gambar.
  8. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.
tu bukan perkara yg haram untuk pasangan berkapel but bagi lelaki/wanita berbuat perkara di atas terhadap berlainan jantina.."ohh kalau sama jantina boleh ye?" ..Emm..ikut keadaanlah
.
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".
 Keterangan Hadis:

Pegang babi kenalah sucikan tangan tu yakni dgn cara bersuci melalui kaedah sertu.tapi kalau kita pegang tangan awek atau pakwe? Haa nak sucikan macamana? Wudhu?Sertu?Banyak cantik muka ko..haha..Korang kenalah BERTAUBAT ! kalau tak?Tanggunglah sendiri kalau tetiba masa dok balik jalan happy lepas jumpa awek tiba2 jatuh tersungkur.Ditakdirkan jadi arwah..Nahh! Macamana?



Macamana kalau wani kata berzina tu halal? oitttt !! Sabar dulu..jgn marah-marah...TETAPI bersyarat..buat di tempat bersembunyi.jgn bg manusia nampak and Allah nampak,ada berani?
Tak buleh kan? Maybe manusi bolehlah ko lari masuk dalam jamban ka,longkang ka atau tempat yg sewaktu dgnnya  tapi tu yg kat atas tu.. macamana mau alang?*pelat cina jap

Okey andai kata anda berkapel..ceceh..ikut panduan semua..No calling,no messaging,no talking,no seeing,no and no terus.....

But...ingatlah iman kita sebagai manusia ni senipis kulit bawang yg ada kat dapur yg mak guna untuk masak asam pedas tu..Tak tebal pun..dah pulak tu iman manusia tak macam malaikat yg sentiasa meningkat but manusia..sekejap graf dia naik kejap turun..ada jugak spesies yg turun memanjang..
Bolehkah kita tahan? Hati? Nafsu?

Ingat jugak syaitan dah bersumpah akan menyesatkan umat nabi Adam till kiamat !
Macamana boleh wujud ISTILAH KAPEL ISLAMIK?

Haa..tu tandanya syaitan telah mencampurkan yg haq(benar) dengan yg batil(salah).That's why jadi macam tu..ni just pendapat wani lah..

 
Abg Saleh kata "Apa barang kapel?Kawin teros"

Memang tak nafikan selaku anak muda,remaja, memang kita akan terus dihujani rasa atau perasaan cinta.Siapa yg tak suka dicintai dan mencintai kan? Wani pun suka.Org pompuan mesti setuju kan ?By the way,perempuan memang dah lumrah mereka suka dibelai,diberi perhatian khususnya oleh kaum laki meskipun pompuan tu agak kasa atau menurut DBP Edisi 4 yakni tomboy..

Bg sesiapa yg mengenali diri ini atau dak..ingatlah selama ni apa yg wani post kat FB, or blog bukannya niat wani nak cerca kamu semua ..No at all bak kata org putih..Just wani cuma nak luahkan pandangan dan sekadar mengingatkan diri serta org lain..sebab mungkin antara reader disini yg still tak tau pkara yg kita semangnya dah tahu..Jadi tulah tujuannya.Wani jugak tak halang sesiapa yg nak kongsi pendapat about this topic..Open okey ?:)

Okey,sekarang wani nak cakap as myself,sebagai diri wani.Siapa kata 
"ang asyik dok tegur sini sana pasal kapel..awat ang takdak prasaan kaa? Tak rasa perasaan cinta kaa? 

*Maaf pelat kedah sikit*

Siapa kata.Wani mengaku wani pun tak sebaik dan taksejahat budak-budak kat luar sana..Senang citer sederhana..haa.Ingat wani tegur tu atas bersebab..korang boleh fikir sejenak..lama-lama pun takpe..
Sebenarnya....cecece* wani pun da  perasaan dan jiwa..siapa kata takdak tu **mmg kejam
Cinta? Always..cuma perasaan tu wani kawal although sometimes rasa macam dumb..Tapi, ini kan anugerah yg berharga daripada Allah kan? So kenapa kita mau stress andai kita miliki perasaan cinta kat sorang tu kan? Just enjooy ur life ! Eh ! Tapi kena ikut gayalah beb ! haha..maaf atas kekasaran bahasa..*eleh berlagak sopan*
Pernah jugak wani bertanya kat hati "Isssh..awatlah aku boleh suka kat mamat ni?.." .
Korang mesti pernah especially bg para gadis atau teruna di luar sana yg selalu cuba untuk tdk jtuh cinta atau fall in love..Nope? Haa..baguslah tu..ciri-ciri org beriman...*gurau je*Lagipun sebolehnya wani nak pelihara dan jaga hati yg pernah tercemar dgn dosa ni ..Ingat senang ke nak jaga hati..Kalau senang macam jaga anak kucing takpe lagi..Kalau hati dah rosak habislah yg lain..gulung tikar*

Then,wani dapat satu jalan penyelesaian.Ni nak kongsilah ni,sabo jap ! Kalau rasa anda ada gejala-gejala menghidap penyakit hati yg kronik ni ataupun menghampiri ciri-ciri penyakit cinta ini.Harap meringankan tangan mengambil ubatnya di link berikut.Harap maklum*ayat skema

tadddaaa...


Dah baca?? Lagipun, mungkin ada faedah berkapel yg kita taktau kan tapi bila difikirkan balik tak ke membazir.Okey apa  yg membazirnya? Banyak. Contohnya duit topup rm10 sebulan tak cukup kan,masa,tenaga otak yg dgunakan untuk memujuk awek yg merajuk dll...haa..betul kan?
Andai..andailah kalau break up*istilah kapel kan?....apa mau jadi sama diri lu?
FRUST menonggeng*org slalo cakap*..org frust sebab dpt resul terok dia pasal lain ..

Berkapel memang bahagia..seronok,happy,glad,excited dll..tu mmg FAKTA bg yg sedang bercintalah.
Orite boleh jumpa selalu..

Date di bawah lampu mentol yg malap di bwah sepohoh pokok ceri..ditemani sang cengkerik dan putera katak pd malam yg dingin dan sepi..ong..ong..sambil berbalas pantun yg indah yg tdk tdapat dalam Kamus Dewan Edisi ke-4 tapi ditemani oleh seseorang(kawan)..eh sebenarnya dua org emm atau lebih yg turut menghangatkan suasana romantis?.bukankah ia satu permandangan yg indah?

Okey..merapu sekejap..tetiba muncul idea tu..haha..ketawa sorang-sorang ! 

Nota usrah: 

Anak muda yang hanyut dalam kancah percintaan. Mereka muda*termasuk si penaip. Naif dalam hukum hakam agama. Yang membimbing itu siapa? Yang mencerca itu kita. Jadi sebagai kawan rapat kpd rakan anda,nasihatilah dia bil hikmah dan bijaksana.Gunakan idea dan otak geliga anda.Fikirkan. Berkapel sebelum berkahwin, pastikan kita lakukan apa yang terbaik untuk diri kita tanpa membelakangkan agama Allah s.w.t. kerana yang menghitung adalah 'Dia' kelak. Ini bukan janji, tapi pasti yg akan ditepati bukan DICAPATI kan..


The Capacity To Learn Is A Gift , The Ability To Learn Is A Skill , The Willingness To Learn Is A Choice

2 00 orang setuju:

Unknown said...

alhamdulillah , teruskan berdakwah :D entry yang meletopsssssss (y) semoga akan ramai yang tahu apa itu maksud couple sebenar benarnya dari segi hukum .

Deyawanny said...

Terima kasih sbb bg semangat ! :)

 
Copyright © . All Right Reserved by Nur Sharwani