Si gadis: Ermm..you add i kat fesbuk ye!i tunggu ye!
Si gadis lain yang melihat diorang: Kenapalah aku tak macam minah tu..muka kiut..ramai balak pulak tu..pakai apapun nampak molek ajee!
Pernah korang dengar?huhu..itu hanya rekaan semata-mata tiada kaitan yang hidup mahupun sudah mati.
Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu mengapa ada sesetengah daripada kita masih meratapi kekurangan yang ada pada diri masing-masing?
Saya tahu saya tak cantik tapi saya ada kelebihannya tau!
Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.
Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..
"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).
Siapa Wanita Cantik?
Wanita cantik ialah:1) Melukis kekuatan melalui masalah2) Tersenyum saat tertekan.3) Tertawa saat hati sedang menangis4) Tabah di saat terhina.
5) Mempersona kerana memaafkan.6) Mengasihi tanpa balasan.7) Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi. Ya Allah! Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU..
2 00 orang setuju:
k lily pun sama gak lah, x cantikkk
cantik lah..semua makhlukNya indah dan cute belaka kan? :)
Post a Comment